Kanak-kanak jatuh dalam sungai ditemui lemas
15:01 Jan 17, 2022  |  By SabahKini2
Kanak-kanak jatuh dalam sungai ditemui lemas

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mayat mangsa ditemukan pada jam 9.50 pagi, kira-kira satu kilometer daripada lokasi kejadian.

BELURAN: Kanak-kanak berumur empat tahun yang dikhuatiri lemas ketika mandi sungai pada Sabtu lalu berjaya ditemukan selepas dua hari pencarian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mayat mangsa ditemukan pada jam 9.50 pagi, kira-kira satu kilometer daripada lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital untuk bedah siasat dan kes tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Sebaik sahaja penemuan itu, pasukan bomba melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kejadian selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.30 pagi,” katanya.

Terdahulu, mangsa dilaporkan terjatuh ketika mandi di sungai berkenaan bersama kanak-kanak yang lain pada Sabtu lalu.

Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 5.15 petang dan terus mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar lokasi kejadian.

“Operasi turut dibantu oleh pasukan BBP Sandakan dan pasukan Unit Pengesan K9 daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan,”katanya.

Comment