Sabah mencatatkan 163 kes baharu COVID-19
15:01 Jan 17, 2022  |  By SabahKini2
Sabah mencatatkan 163 kes baharu COVID-19

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah berkenaan adalah 50 kes lebih rendah berbanding hari sebelumnya.

KOTA KINABALU: Kes harian COVID-19 Sabah terus mencatatkan penurunan konsisten apabila hari ini merekodkan 163 kes baharu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah berkenaan adalah 50 kes lebih rendah berbanding hari sebelumnya.

"Jumlah kes baharu adalah rendah di kebanyakan daerah dengan 16 daerah mencatat kes satu angka sahaja iaitu antara satu sehingga tujuh kes sahaja.

"Tidak ada kes baharu di tujuh daerah, hanya empat daerah mencatat kes harian dua angka iaitu Kota Kinabalu 50 (+3), Penampang 34 (+16), Ranau 20 (+9) dan Putatan 13 (-2)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 161 daripada 163 kes baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.

Katanya, satu kes dalam Kategori 3 dan satu kes lagi dalam Kategori 4. Tidak ada pesakit dalam Kategori 5.

"Sabah juga tidak merekodkan sebarang kluster baharu hari ini," katanya.

1 Comment