Selepas PN17, Saham AirAsia terus menjunam
13:01 Jan 18, 2022  |  By SabahKini2
Selepas PN17, Saham AirAsia terus menjunam

Hutang AirAsia berbilion ringgit, dikategorikan sebagai PN17 memburukkan lagi saham AirAsia. Perlukan rangsangan bernilai RM7.39B untuk pulihkan AirAsia.Mampuhkah AirAsia bangkit kembali? Apakah pegangan dalam pelbagai perniagaan digitalnya akan dijual?

‘Bagaikan jatuh ditimpa tangga’ harga saham AirAsia terus menjunam pada sesi awal pada Isnin dalam persekitaran sentimen yang lemah selepas AirAsia diklasifikasikan sebagai status Nota Amalan 17 (PN17) berikutan kegagalannya untuk mendapat lanjutan tempoh pelepasan daripada Bursa Malaysia.

Sehingga 10.30 pagi, saham AirAsia merosot 2.5 sen atau 4.03 peratus kepada 59.5 sen, dengan 35.54 juta saham diniagakan.

Sekalipun Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes baru-baru ini memberi jaminan bahawa kumpulan sedang merangka pelan untuk menyelaraskan situasi kewangannya untuk menangani status PN17 nampaknya ia tidak memberikan tanda-tanda syarikat itu kembali pulih.

Ini bukan kali pertama AirAsia mahu diklasifikasikan sebagai PN17 ia sepatutnya telah diumumkan 18 bulan lalu selepas kerugian demi kerugian berlaku dan juruauditnya menimbulkan ketidakpastian dalam laporan audit 2020 yang menunjukkan syarikat itu semakin teruk dan diberi pengecualian oleh  Bursa Malaysia sehingga 7 Jan 2022 dari tersenarai sebagai PN17.

[ARTIKEL BERKAITAN- RM300 juta SDB belum dibayar kini Air Asia disenarai syarikat PN17 ]

Penilaian CGS-CIMB

CGS-CIMB menjangka AirAsia akan memerlukan rangsangan bernilai RM7.39 bilion kepada dana pemegang sahamnya (berdasarkan asas proforma) sehingga 31 Sept 2021 untuk dikeluarkan daripada klasifikasi sebagai syarikat PN17, dan berpendapat amat mencabar untuk dicapai.

"Hanya RM193 juta atau 20 peratus daripada sekuriti hutang Islam tidak bercagar boleh tukar boleh tebus (RCUIDS) bernilai RM974.5 juta telah ditukar kepada saham setakat ini, dan penukaran seterusnya tidak akan berlaku, berikutan harga saham AirAsia kini hanya 62 sen, di bawah harga penukaran RCUIDS sebanyak 75 sen," katanya.

Katanya waran bernilai RM650 juta turut dijangka tidak akan ditukar berikutan harga pelaksanaan ialah RM1.

"Pada pandangan kami, AirAsia mungkin mengkaji pengasingan Indonesia AirAsia dan Philippines AirAsia, yang boleh meningkatkan kedudukan dana pemegang sahamnya sebanyak RM2.250 bilion berdasarkan alasan perakaunan.

"Sebagai alternatif, Airasia mungkin mempertimbangkan untuk menjual pegangan dalam pelbagai perniagaan digitalnya kepada di bawah 50 peratus, untuk mendapat manfaat daripada keuntungan penilaian semula perakaunan nilai saksama," menurut CGS-CIMB.

Sementara itu, firma broker tersebut berkata klasifikasi PN17 berpotensi mempunyai implikasi negatif terhadap harga saham AirAsia berikutan ia percaya kebanyakan pelabur institusi tidak akan dibenarkan berdasarkan mandat mereka untuk melabur manakala pelabur runcit mungkin panik dan menjual saham tersebut.

"Pemangkin penurunan penarafan termasuklah maklumat yang dipercayai bahawa syarikat penerbangan tambang ultra rendah baharu kini dalam proses mendapatkan kelulusan kawal selia untuk diwujudkan di Malaysia, telah menandatangani perjanjian untuk memajak dua A320 pada kadar pajakan yang rendah," katanya.

 

Comment