Adun Sedili nafi raba peha, payudara, kemaluan AJK Srikandi Kota Tinggi
15:01 Jan 18, 2022  |  By SabahKini2
Adun Sedili nafi raba peha, payudara, kemaluan AJK Srikandi Kota Tinggi

Gangguan seksual itu sudah dilakukan beberapa kali namun Nursyafiqah tetap menaiki kenderaan YB Adun itu kerana bimbang YB orang kenamaan. Bagaimanapun YB Rasman menafikan dan berkata ia konspirasi menjatuhkan Adun.

Polis menerima laporan daripada seorang wanita bernama Nursyafiqah Badrul Hisham yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang YB Tuan Hj Rasman Hj Ithnain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Hussin Zamora berkata pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan salah laku ADUN terbabit terhadap wanita yang juga berumur 26 tahun itu di Balai Polis Kota Tinggi pada kira-kira 11.30 pagi tadi.

"Ya, ada terima. Kes berkenaan sedang disiasat," katanya

Laporan polis mengenai gangguan seksual itu tular di media sosial.

Mangsa, yang juga Ahli Jawatankuasa Srikandi  Kota Tinggi mendakwa telah beberapa kali diganggu secara seksual oleh ADUN terbabit.

YB Rasman nafi gangguan seksual

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain menafikan sekeras-kerasnya tuduhan seorang wanita yang membuat laporan polis mendakwa diganggu secara seksual, semalam.

Rasman berkata, tuduhan berkenan bukan sahaja satu konspirasi politik malah fitnah serta cubaan untuk menjatuhkan maruah serta mencalarkan reputasi beliau selaku wakil rakyat.

"Pada jam 2 petang semalam (17 Januari), saya dimaklumkan bahawa terdapat satu laporan polis dibuat terhadap saya oleh seorang individu yang juga Ahli Jawatankuasa Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Kota Tinggi.

"Saya dengan ini menafikan dengan sekeras-kerasnya tuduhan dalam laporan itu. Ini adalah satu konspirasi politik, fitnah dan satu cubaan untuk menjatuhkan maruah serta mencalarkan reputasi saya selaku seorang wakil rakyat.

"Saya juga bersedia untuk memberikan kerjasama penuh sepanjang proses siasatan berjalan demi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

"Saya juga berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap mana-mana individu yang cuba mencemarkan nama serta imej saya seperti ini," katanya dalam kenyataan

Rasman menegaskan konspirasi politik seperti itu tidak akan sekali-kali melemahkan semangat beliau untuk terus berjuang dan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya melalui mandat rakyat.

"Semoga kebenaran akan dirungkai akhirnya serta perjuangan saya ini dimudahkan dan diredai oleh Allah SWT," katanya.

 

2 Comments