Keluar parti demi rakyat mungkinkah 28 Januari Adun Warisan lompat lagi?
17:01 Jan 18, 2022  |  By SabahKini2
Keluar parti demi rakyat mungkinkah 28 Januari Adun Warisan lompat lagi?

Perlahan-lahan Warisan semakin melingkup. Naratif pemimpin Warisan keluar parti ialah nafi keluar namun pada masa sesuai mereka akan umum keluar meninggalkan Warisan. Alasannya demi rakyat dan pembangunan kawasan.

Oktober tahun lalu ketika Sabahkini2 mendedahkan lebih ramai pemimpin Warisan bakal keluar parti mengikut jejak langkah Adun Sebatik Hassan A Gani Pg Amir, ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dan Adun Segama Mohammadin Ketapi para pendokong Warisan menafi sekerasnya berita itu.

Begitu juga ketika Datuk Juil Nuatim Adun Limbahau keluar Warisan, Juil Nuatim menafikannya sebelum beliau benar-benar keluar parti bersama Datuk Peter Anthony.

[ARTIKEL BERKAITAN- Juil Nuatim Adun Limbahau bakal keluar Parti Warisan? Siapa lagi? 

[ARTIKEL BERKAITAN- Datuk Peter Anthony, Juil Nuatim umum keluar Warisan

Setakat ini wakil rakyat yang disebut bakal keluar Warisan seperti Assaffal Alian, Norlizah Arif, Rina Jamal, Mohammad Mohamirin, Azhar Matusin dan Chong Chen Bin namun mereka terus membuat penafian dan masih kekal di Warisan.

Sekalipun terdapat desas-desus Datuk Awang Ahmad Sah (Petagas) dan Dr Daud Yusof (Bongawan) jiran Juil Nuatim bakal keluar Warisan nampaknya mereka juga masih bertahan. Lambat atau cepat mereka akan keluar juga.

 

Dulu Juil nafi, kini keluar. Apakah Petagas dan Bongawan juga akan keluar?

Datuk Peter orang kanan Shafie Apdal dan pemegang dana parti pun boleh keluar Warisan inikan para YB yang sedang tenat kewangan mengurus Kawasan masing-masing. Mampukah mungkin Peter mempengaruhi Adun Warisan sama-sama kita lihat.

Dulu Nafi kini keluar Warisan demi Limbahau

Sebelum ini ‘Biar putih tulang jangan putih mata’ tidak akan keluar Warisan. Berita keluar dinafikan sekeras-kerasnya.

Namun selepas saja keluar Warisan Adun Limbahau Juil Nuatim itu berkata, tindakannya keluar daripada Warisan bukanlah berniat untuk memusuhi sesiapa tetapi demi rakyat yang diwakilinya.

Katanya, masih banyak pembangunan yang perlu dilakukan di Limbahau dan usaha ke arahnya menjadi sukar apabila berada di pihak pembangkang.

“Kita keluar bukan mahu bersaing tetapi agenda saya adalah untuk pembangunan di kawasan Limbahau sebab Limbahau adalah kawasan yang agak mundur dan terpencil sedikit, terutamanya di Mandalipau, Kaiduan, Bolotikon dan Gisuang.

“Saya juga selalu bangkitkan bahawa kawasan Tanaki, Mandalipau langsung tiada akses internet. Saya selalu suarakan di DUN dan kalau di pembangkang, suara kita tidak didengari.

“Namun, andai kita beri sokongan kepada kerajaan, kita akan dapat manfaat kerana ini adalah keperluan dan kepentingan rakyat,” katanya ketika dihubungi.

Juil berkata, tindakan itu juga bagi memanfaatkan generasi akan datang di kawasannya kerana masa untuk membangunkan Limbahau sudah agak terhad.

“Kalaulah saya sudah tiada, saya sudah sekian lama dalam politik, sudah pasti tiada kenangan saya dalam politik jika gagal membawa pembangunan ke Limbahau.

“Ia merugikan rakyat di kawasan ini juga jika terus menentang kerajaan, jadi saya berharap mereka faham dengan keadaan kami,” katanya.

Susulan itu kira-kira 300 ahli Warisan di Limbahau, termasuk ketua-ketua cawangan, jawatankuasa bahagian dan sayap belia serta wanita turut meninggalkan parti Warisan.

Katanya, mereka meninggalkan Warisan untuk memberi sokongan kepada bekas naib presiden parti itu, Peter Anthony yang menubuhkan parti baharu yang akan diumumkan penghujung januari 2022 di Tenom. Mungkinkah pada 28 Januari nanti akan adun keluar parti?

 

7 Comments