Siasatan Azam Baki selesai terima keputusan SC - Ismail Sabri
07:01 Jan 20, 2022  |  By SabahKini2
Siasatan Azam Baki selesai terima keputusan SC - Ismail Sabri

Semua pihak perlu menerima keputusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang mengatakan tidak ada kes terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berhubung akaun dagangan miliknya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sebaliknya, sebagai orang awam, keputusan SC menjadi panduan.

Katanya, pihak terbabit tidak seharusnya berasa tidak puas hati jika keputusan siasatan SC itu tidak mengikut kehendak mereka.

Beliau berkata, kerajaan sudah membuat keputusan untuk menyerahkan siasatan kepada SC berhubung pembelian saham menggunakan akaun milik Azam itu.

"Hari ini SC juga sudah mengeluarkan kenyataan mengatakan tidak ada kes terhadapnya (Azam), jadi kita terimalah keputusan SC. Jangan kita minta dia disiasat, apabila dia disiasat, keputusan dibuat kita masih tidak berpuas hati.

"Kalau pembangkang rasa mesti ikut kehendak pembangkang, tidak boleh... dia kena terimalah keputusan daripada badan profesional seperti SC contohnya.

"Jadi, kalau ada apa-apa nak tanya mengenai keputusan SC, pergi tanya SC," katanya kepada pemberita malam ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Azam akan diminta bercuti sementara menunggu siasatan yang dijalankan terhadapnya.

SC menyatakan keputusan bahawa tiada pelanggaran syarat bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) berhubung akaun dagangan Azam dibuat berdasarkan bukti bebas yang dikumpulkan.

[ARTIKEL BERKAITAN- SC Buktikan Azam tidak bersalah, tiada pelanggaran undang-undang beli saham ]

 

1 Comment