Meluat Frankie Poon berlagak 'Godfather', dua ADUN DAP, bekas senator keluar parti
10:01 Jan 21, 2022  |  By SabahKini2
Meluat Frankie Poon berlagak 'Godfather', dua ADUN DAP, bekas senator keluar parti

Selepas Jimmy Wong satu persatu pemimpin DAP keluar DAP. Sikap bongkak Frankie Poon berlagak 'Godfather' akhirnya menghancurkan DAP Sabah. Jika tidak ditangani DAP Sabah akan hancur sebagaimana Warisan

Bukan sahaja Warisan kapal sedang karam, DAP juga sedang melalui kehancuran di Sabah.

22 November tahun lalu veteran DAP Sabah, Jimmy Wong keluar DAP kerana kecewa dengan keputusan pemilihan DAP menyingkirkan kumpulan cina berketurunan KDM atau menolak pemimpin KDM dalam DAP.

ADUN Elopura Calvin Chong dilaporkan lebih awal akan keluar DAP disember tahun lalu. Namun ramai penyokong DAP dan PH menafikannya.

Namun semalam dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang bekas senator Adrian Lasimbang mengumumkan keluar daripada DAP Sabah.

ADUN Elopura Calvin Chong, ADUN Sri Tanjong Justin Wong dan bekas senator Adrian Lasimbang berkata mereka memulakan kerjaya politik masing-masing demi berjuang untuk Sabah, termasuk bagi lebih autonomi, infrastruktur yang lebih baik, malah “lebih penting lagi, masyarakat inklusif yang mengatasi bangsa dan agama.”

“Malangnya kami tidak mencapainya menerusi DAP Sabah,” katanya dalam kenyataan bersama

“Kurang kepercayaan ditunjukkan oleh kepemimpinan kami dalam jawatankuasa negeri, khususnya Pengerusi (Frankie Poon).”

Wong mendakwa parti itu hilang arah selain mengalami perbalahan dalaman dan masalah komunikasi teruk antara pemimpinnya.

“Jadi dengan berat hati kami mengumumkan akan meninggalkan DAP berkuat kuasa serta-merta.”

Adrian Lasimbang bekas senator DAP dalam masa sama menyelar gaya kepimpinan Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon berlagak ala-ala 'God Father' memimpin DAP Sabah. Katanya semua ini punca mengapa pemimpin DAP keluar parti.

DAP Sabah kini hanya mempunyai empat ADUN iaitu Poon (Tanjong Papat), Phoong Jin Zhe (Luyang), Jannie Lasimbang (Kapayan) dan Tan Lee Fatt (Likas) yang sebelum ini dalam PRN menggunakan logo Warisan.

Ahli Parlimen parti itu pula adalah Chan Foong Hin (Kota Kinabalu), Vivian Wong (Sandakan) dan Noorita Sual (Tenom).

Apakah lebih ramai akan keluar DAP?

 

Comment