PRN Johor bakal dilaksana dalam waktu terdekat
16:01 Jan 22, 2022  |  By SabahKini2
PRN Johor bakal dilaksana dalam waktu terdekat

“Saya sudah dapat persetujuan daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri untuk mengadakan PRN Johor.” - MB

JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad mengesahkan Johor bakal melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam waktu terdekat ini.

Beliau mengesahkan perkara itu dalam pertemuan ringkas dengan petugas media selepas mempengerusikan Mesyuarat UMNO negeri di pekarangan bangunan ibu pejabat UMNO Johor, sebentar tadi.

“Saya sudah dapat persetujuan daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri untuk mengadakan PRN Johor.

“Saya akan adakan sidang akhbar berkenaan perkara ini pada pukul 6 petang ini, selepas menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene pada pukul 5 petang ini.

“Ketika ini saya mahu mempengerusikan majlis mesyuarat kerajaan negeri di Kota Iskandar terlebih dahulu,” katanya ringkas.

Kenyataan tersebut menjadikan negeri Johor sebagai negeri keempat yang mengadakan pilihan raya berasingan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 selepas Sabah, Melaka dan Sarawak.

1 Comment