KR Naveen Setiausaha Politik Sivarasa Rasiah didakwa minta rasuah
06:01 Jan 25, 2022  |  By SabahKini2
KR Naveen Setiausaha Politik Sivarasa Rasiah didakwa minta rasuah

KR Naveen SUPOL yang juga anak saudara MP Sungai Buloh Sivarasa Rasiah bersama dua pegawainya didakwa di mahkamah kerana meminta rasuah RM55,000. Sivarasa bengang pertuduhan ini sekalipun terdapat bukti rakaman anak saudaranya minta rasuah ketika itu.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Sungai Buloh Naveen Kularasa Rasiah bersama 2 lagi pegawai Sivarasa iaitu Joshua Kalaiselvan dan NicoKam didakwa di mahkamah Sesyen semalam atas tuduhan meminta wang RM55,000 sebagai dorongan tidak melaporkan kesalahan kepada Jabatan Imigresen.

Kesalahan itu dilaporkan berlaku di sebuah restoran di ibu negara pada September 2017.

Jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata pihaknya mengumpul bukti sebelum membawa kes itu ke proses undang-undang seterusnya.

“Kedua-dua lelaki iaitu Setiausaha Politik dan bekas kerani kepada Ahli Parlimen berkenaan didakwa di Mahkamah Jalan Duta,” katanya.

Sivarasa Rasiah MP Sungai Buloh bapa saudara kepada KR Naveen berang dengan pertuduhan ini dan menganggapnya sebagai tindakan balas dendam SPRM terhadapnya yang lantang bersuara mengenai SPRM walaupun tahu SPRM mempunyai bukti rakaman kejadian meminta rasuah di restoran itu oleh anak saudaranya.

Bagaimanapun tindakan Sivarasa Rasiah menyalahkan SPRM adalah satu kesilapan yang dilakukan kata KA Ramu seorang peguam memandangkan kes itu telah berlaku dan tiada tempoh masa yang menghadkan pertuduhan dikenakan terhadap seseorang dalam mana-mana dakwaan jenayah.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Tatacara Jenayah, Peguam Negara (AG) yang berperanan sebagai pendakwa raya, mempunyai kuasa sama ada mengenakan tuduhan untuk dibawa ke mahkamah.

Sepandai-pandai tumpai melompat akhirnya jatuh  ke tanah juga. Ini bukan kali pertama KR Naveen meminta rasuah daripada pihak yang berurusan dengannya. Sebelum ini kecoh beliau meminta komisen 1.5 peratus rumah-rumah PKNS di Selangor. Cuma tidak tertangkap.

Nota: Membuktikan pemimpin PH yang sembang rasuah sebenarnya mereka lebih rasuah cuma berlagak suci bersih.

 

Comment