Suami isteri maut dirempuh pacuan 4 roda
14:01 Jan 25, 2022  |  By SabahKini2
Suami isteri maut dirempuh pacuan 4 roda

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, mangsa bergerak dari arah Inderasabah menuju ke Taman Sawit, manakala pacuan empat roda berkenaan di laluan bertentangan. Mangsa yang berada dilaluan kanan cuba mengelak, namun jarak yang

TAWAU: Pasangan suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki dilanggar pacuan empat roda di Kampung Inderasabah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu, Nurur Aidil Fitri Nordin (29) maut di lokasi kejadian, manakala suaminya Al Sebal Warid (29) meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 2.26 petang.

Katanya, difahamkan mangsa bergerak dari arah Inderasabah menuju ke Taman Sawit, manakala pacuan empat roda berkenaan di laluan bertentangan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu pacuan empat roda telah memasuki laluan bertentangan untuk memotong dua buah kenderaan.

“Mangsa yang berada dilaluan kanan cuba mengelak, namun jarak yang terlalu dekat menyebabkan motosikal mangsa bertembung dengan pacuan empat roda berkenaan,” katanya semalam.

Akibat kemalangan tersebut kedua-dua mangsa tercampak sejauh 14 meter ke bahu jalan dan pembonceng iaitu Nurur Aidil Fitri disahkan meninggal di lokasi kejadian.

“Manakala, suaminya iaitu penunggang motosikal pula dikejarkan ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan, namun turut disahkan meninggal dunia.

“Pemandu dan penumpang pacuan empat roda berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya kereta mereka sahaja yang rosak akibat kemalangan itu,” katanya.

Peter berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu pacuan empat roda ketika memotong kenderaan lain.

“Pemandu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Comment