PPM Semporna gagalkan penyeludupan minyak petrol
15:01 Jan 26, 2022  |  By SabahKini2
PPM Semporna gagalkan penyeludupan minyak petrol

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, YDH DSP Mohamad Bin Ismail berkata, pemantauan dibuat di Kawasan pinggir bakau, Kampung Kuala Bibang menemui beberapa jerikin yang berisi minyak petrol.

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin Semporna telah membuat pemantauan di kawasan pinggir bakau, Kampung Kuala Bibang dan telah menjumpai beberapa jerikin berisi minyak petrol mengandungi 25 liter setiap jerikin pada jam lebih kurang 11.00 malam tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, YDH DSP Mohamad Bin Ismail berkata, jumlah nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM2,350.00.

Rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

Comment