Dua kenderaan bertembung, seorang lelaki maut
15:01 Jan 26, 2022  |  By SabahKini2
Dua kenderaan bertembung, seorang lelaki maut

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata, kemalangan membabitkan dua kenderaan jenis sedan yang dinaiki 5 individu.

KENINGAU: Dalam pertembungan yang melibatkan dua kenderaan di Batu 17 Kampung Kobulu Jalan Sook kelmarin mengorbankan seorang leleki.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.54 petang sebelum menggegaskan sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan dua kenderaan jenis sedan yang dinaiki keseluruhan lima individu.

“Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan seorang mangsa lelaki berumur 23 tahun yang tersepit di salah sebuah kereta dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya.

Menurutnya mangsa yang meninggal diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata empat lagi mangsa berumur 24 hingga 57 tahun berjaya keluar sendiri dari kenderaan dan dihantar ke Klinik Kesihatan Sook oleh pihak ambulans untuk menerima rawatan selanjutnya.

Tambahnya sebaik memastikan tiada unsur bahaya lain di lokasi, operasi keseluruhan ditamatkan jam 5.48 petang.

Comment