Penunggang motosikal maut dirempuh kereta
16:01 Jan 26, 2022  |  By SabahKini2
Penunggang motosikal maut dirempuh kereta

Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan Kasim bin Muda berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan jenis sedan masuk ke laluan bertentangan secara tiba-tiba sebelum merempuh motosikal yang dinaiki mangsa.

BELURAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal dinaiki dirempuh sebuah kereta di Kilometer 4 Jalan Telupid- Ranau pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan Kasim bin Muda berkata, kejadian berlaku dalam jam 11.30 pagi membabitkan penunggang motosikal yang dikenalpasti sebagai Mohd Shafiq Mohd Jaip, 27.

Katanya kejadian berlaku semasa mangsa dalam perjalanan dari arah Ranau menuju ke Kinabatangan bersama seorang rakannya.

“Sebaik tiba di lokasi, sebuah kenderaan jenis sedan secara tiba-tiba masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal dinaiki mangsa.

“Impak pelanggaran menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Telupid.

“Pembonceng motosikal hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki dan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Tambahnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat.

Beliau berkata pemandu kereta terbabit ditahan di Balai Polis Telupid untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

1 Comment