Peter Anthony sedang melingkupkan Warisan, lebih ramai keluar parti
11:01 Jan 29, 2022  |  By SabahKini2
 Peter Anthony sedang melingkupkan Warisan, lebih ramai keluar parti

Satu persatu adun, ketua bahagian, AJK dan pemimpin Warisan keluar parti. Ada yang jadi bebas dan ramai mengikuti Peter Anthony menubuhkan parti baharu. Jika keadaan berterusan Warisan akan hilang sokongan di bahagian.

Satu persatu pemimpin Warisan keluar terus melumpuhkan Warisan bahagian. Bermula dari pada Adun-adunnya sehingga kepada pemegang dana parti Datuk Peter Anthony pada 28 Disember lalu yang mengheret lagi pemimpin bahagian keluar parti. Turut mengikut jejak beliau ADUN Limbahau Datuk Juil Nuantim.

2 Januari 2022 selepas Peter Anthony mengumumkan keluar Ketua Wira bahagian Sepanggar, Jumardie Lukman pula mengumumkan meninggalkan Warisan bersama beberapa ahli jawatankuasa (AJK) bahagian, ketua cawangan serta beberapa orang berpengaruh dalam Warisan Sepanggar

6 Januari 2022 Di Keningau, Timbalan Ketua yang juga Ketua Wanita Julimah Anggula bersama Naib Ketua Jickol Tagua serta Exco Wirawati merangkap pemangku Ketua Wirawati Keningau, Fadilla Lasmin mengumumkan keluar Warisan.

16 Januari 2022 Exco Wirawati Negeri merangkap Ketua Wirawati Warisan Papar Roslizah Ibrahim dan Exco Wanita Negeri Anna Maria berserta ahli jawatankuasa (AJK) wirawati cawangan, AJK Bahagian berserta 24 cawangan berdaftar di Papar mengumumkan keluar Warisan.

 

22 Januari 2022 Pemimpin bahagian Tuaran diketuai Timbalan Ketua Bahagian Michael Angkui dan Ketua Wanita Bahagian Tuaran yang juga AJK Exco Wanita Negeri, Kiniah @ Mary Galanson mengumumkan keluar Warisan. Majlis itu turut disertai bekas Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Warisan negeri yang juga bendahari Warisan bahagian, Henry Saimpon; Timbalan Ketua Wira Bahagian, John Saimpon; Timbalan Ketua Wirawati Bahagian, Erwina Nuar dan beberapa ketua, AJK Bahagian  dan AJK cawangan, ketua pusat daerah mengundi dan mantan pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung.

26 Januari 2022 Timbalan Ketua Bahagian Warisan Martin Tommy bersama AJK Bahagian beramai-ramai keluar Warisan.

27 Januari 2022 di Dun Tandek Kota Marudu Dato Baintin Adun Ketua Bahagian Warisan Kota Marudu bersama AJK bahagian keluar parti.

Dan pada hari yang sama 27 Januari Ketua Bahagian Parti Warisan (Warisan) Beaufort Datuk Johair Matlani bersama beberapa lagi pimpinan di peringkat bahagian mengumumkan keluar parti itu serta merta.

“Pada hari ini saya bersama Ketua Penerangan; Timbalan Ketua Ketua Wira; Timbalan Ketua Wirawati; Naib Ketua Wirawati Setiausaha Bahagian dan 10 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian mengistiharkan keluar daripada Warisan.

“Turut mengistiharkan keluar Warisan adalah Setiausaha Wanita; Ketua Penerangan Wanita; AJK Wanita dan AJK Wirawati Bahagian,” katanya majlis pengumuman itu.

Selain itu, turut mengistiharkan keluar Warisan Beaufort termasuklah ketua-ketua cawangan, Ketua PDM serta mantan-mantan Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN); Ketua Kampung dan bekas kakitangan Unit Pemimpin Kemajuan Masyarakat (UPPM) Klias.

Johair berkata, pengistiharan itu adalah atas dasar kerelaan hati dan beliau berkata akan menyokong Datuk Peter Anthony menubuhkan parti baharu.

“Dengan pengumuman pengistiharan ini, kami akan memberi sokongan kepada bekas Naib Presiden Warisan Datuk Peter Anthony  yang sebelum ini turut keluar parti dan akan menubuhkan parti baharu.

“Seterusnya menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memerintah ketika ini,” katanya.

28 Januari Pengumuman Parti Baharu Peter ditangguhkan

Pelancaran parti baru bekas Naib Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Peter Anthony terpaksa ditangguhkan dan diumumkan dalam tempoh masa terdekat atas sebab-sebab teknikal.

Apa yang dilakukan sekarang ialah Majlis Pra-Pelancaran dan Santai Bersama Masyarakat Tenom. Peter menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada Warisan.

Peter partinya itu sebelum ini telahpun diluluskan namun perlu melalui penjenamaan semula dan dijangka mengambil sedikit masa diperingkat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Parti yang pertama dahulu memang sudah diluluskan cumanya perlu sedikit penelitian dan pindaan daripada teknikal di peringkat ROS.

“Tetapi saya percaya kita boleh umumkan mengenai parti baharu ini dalam masa terdekat.. Apa yang penting parti ini nanti adalah sebuah parti pelbagai bangsa tanpa mengira agama, kaum dan budaya, semua boleh sertai,” katanya.

 

 

 

1 Comment