Anifah: Bukan kenyataan rasmi Filipina hanya promosi diri bekas senator
08:02 Feb 10, 2018  |  By SabahKini2
 Anifah: Bukan kenyataan rasmi Filipina hanya promosi diri bekas senator

Malaysia dan Filipina menikmati hubungan dua hala yang baik. Jadi dia tidak mahu satu kenyataan memburukkan hubungan kita,

KOTA KINABALU: Manila menyatakan kepada kerajaan Malaysia bahawa mereka tidak pernah ada tuntutan rasmi atau berhasrat untuk membuat tuntutan ke atas Sabah, kata Menteri Luar Negeri Dato' Sri Anifah Aman semalam.

Anifah berkata beliau dimaklumkan Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri Filipina Alan Peter Cayetano di Singapura ketika pertemuan peringkat Menteri Asean baru-baru ini yang menjelaskan perkara itu, menambah yang Cayatano “tidak mahu satu kenyataan memburukkan hubungan kita.”

Cayetano berkata Aquilino Pimentel Jr bekas senator dan kenyataanya hanya bersifat politik.

"seseorang cuba menonjolkan dirinya. Tetapi kerajaan (Filipina) tidak terlibat dalam kenyataan itu dalam sebarang cara". katanya

Malaysia dan Filipina menikmati hubungan dua hala yang baik. Jadi dia tidak mahu satu kenyataan memburukkan hubungan kita,” katanya lagi

Anifah dan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman segera menolak kenyataan itu dan berkata Putrajaya dan Sabah tidak mengiktiraf sebarang tuntutan Filipina atau mana-mana negara lain.

Anifah semalam menyatakan Cayetano menjelaskan Manila tidak berkongsi pendirian Pimentel dalam perkara itu.

“Saya rasa ini perkara biasa dalam semua masyarakat. Orang selalu membangkitkan isu sensitif supaya masyarakat beri perhatian pada mereka,” katanya.

 

Comment