SPRM siasat 5 Pegawai MARA Corp salah guna kuasa isnin ini
02:02 Feb 06, 2022  |  By SabahKini2
SPRM siasat 5 Pegawai MARA Corp salah guna kuasa isnin ini

Dalam satu kenyataan, SPRM berkata, pihaknya telah menerima satu aduan berkaitan isu berkenaan dan akan memulakan siasatan Isnin depan (7 Februari 2022)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Dalam satu kenyataan, SPRM berkata, pihaknya telah menerima satu aduan berkaitan isu berkenaan dan akan memulakan siasatan Isnin depan (7 Februari 2022)

Katanya, SPRM akan mengambil keterangan beberapa saksi daripada MARA Corporation.

"SPRM memandang serius dakwaan wujudnya isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan Mara yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi berkenaan," kata kenyataan itu.

Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 yang berkaitan dengan kesalahan mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk mendapatkan suapan.

Sebelum ini, tular mengenai surat berhubung permohonan untuk melakukan siasatan terhadap lima pegawai tinggi MARA ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif MARA Corp

 

Comment