Dr Maszlee mengaku terima Vellfire, terbukti salah guna kuasa bila SPRM nak dakwa?
14:02 Feb 06, 2022  |  By SabahKini2
Dr Maszlee mengaku terima Vellfire, terbukti salah guna kuasa bila SPRM nak dakwa?

Akhirnya Dr Maszlee mengaku terima Vellfire tapi katanya dia dah pulangkan masa dipecat dulu. Isunya salah guna kuasa pernah berlaku. Dia Menteri KPM, dapat Pegawai Khas dan Vellfire daripada EMGS. Arahannya tutup skandal rasuah Pengerusi EMGS!.

Bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengaku pernah menerima kenderaan mewah Toyota Vellfire pemberian agensi KPM Education Malaysia Global Services (EMGS) namun katanya telah mengembalikan kenderaan itu ketika diarah meletakkan jawatan sebagai Menteri.

“Saya telah serahkan kereta yang mereka sebutkan itu pada hari saya berhenti,” katanya

“Kenderaan itu milik EMGS, yang merupakan agensi KPM, atau sekarang di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

“Saya hanya gunakan kenderaan itu sewaktu saya masih seorang menteri. Kereta itu dipulangkan dan terus digunakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif EMGS.”

Isunya salah guna kuasa

Isu yang dibangkitkan ialah ketika Dr Maszlee sebagai Menteri KPM beliau menyalahgunakan kuasa kerana mengarahkan Pengerusi EMGS membelikan kenderaan mewah untuk Menteri sedangkan ketika itu Kementerian telah menyediakan kenderaan rasmi perdana untuk tugas rasminya.

Jadi tidak ada keperluan agensi atau jabatan lain bawah KPM memberikan kenderaan mewah untuk Menteri. Ini jelas dinyatakan dalam pekeliling Pengurusan Kenderaan Kerajaan Malaysia

Maka terdapat aduan kepada SPRM terhadapnya beliau bukan saja menerima Vellfire tetapi sejumlah wang dari syarikat semasa beliau menjadi menteri. Sama ada Dr Maszlee memulangkan Vellfire itu atau tidak, salah guna kuasa telah berlaku. Duit yang masuk dalam akaun dipulangkan semula pun tetap boleh didakwa. 

SPRM menerima aduan-aduan kesalahan rasuah dan penyelewengan membabitkan Maszlee dan siasatan sedang dijalankan. Maka jika ada aduan mengapa Dr Maszlee marah? serahkan saja pada SPRM.

Dr Maszlee punya kepentingan dengan EMGS

Sabahkini2 mendedahkan Dr Maszleee jelas banyak kepentingan di EMGS. Di awal beliau menjadi Menteri KPM beliau membuat laporan kepada PM 7 Dr Mahathir tentang isu skandal EMGS dan Scicom (MSC) Berhad sebuah projek Visa pelajar yang merugikan kerajaan Malaysia kerana perjanjian berat sebelah.

Tun M mengarahkan Dr Maszlee membuat laporan kepada SPRM namun tidak berbuat demikian selepas Pengerusi EMGS Datuk Abdul Rahman Mohamed memberikan kelulusan pelantikan Pegawai Khas Menteri yang juga seorang Pengurus Kanan secara pentadbiran daripada EMGS. Dalam erti kata lain jawatan pegawai itu berada di EMGS tetapi bertugas di pejabat Menteri. KP SPRM ketika ini Datuk Seri Shukri KP SPRM paling taat dengan Dr Mahathir. 

Bukankah ini juga satu kepentingan Dr Maszlee di EMGS? Dapat lagi kenderaan mewah untuk kekalkan Pengerusi EMGS! Bukan satu kepentingan ke?

Apabila seorang Pegawai Khas Menteri dilantik daripada EMGS maka semua urusan di EMGS dengan anggapan dapat dikawal oleh Menteri termasuk pemberian Vellfire oleh Pengerusi EMGS.

Skandal EMGS yang sepatutnya disiasat SPRM berjaya dilengahkan kerana Pengerusi EMGS menggunakan pengaruhnya melalui Pegawai Khas EMGS di pejabat Menteri.

[ARTIKEL BERKAITAN- Dr Maszlee salah guna kuasa minta Vellfire, lantik pegawai khas Menteri tutup skandal rasuah EMGS]

Pengerusi EMGS hanya didakwa di mahkamah pada 20 januari 2020 selepas Dr Maszlee diarah meletak jawatan di awal pada 2 januari 2020. Sehingga Dr Maszlee meletak jawatan dan Datuk Abdul Rahman didakwa sedikit pun Dr Maszlee TIDAK BERANI mengusik Pengerusi EMGS itu. Sebab apa? faham-fahamlah semua barang Dr Maszlee di tanggunglah.


1 Comment