316 mangsa banjir di pindahkan ke PPS di Pitas
14:02 Feb 07, 2022  |  By SabahKini2
316 mangsa banjir di pindahkan ke PPS di Pitas

Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di daerah Pitas untuk menempatkan 316 mangsa banjir yang terjejas akibat banjir.

KOTA KINABALU: Seramai 316 mangsa banjir membabitkan 97 keluarga terjejas akibat banjir di daerah Pitas, setakat tengah hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), kesemua mangsa telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah itu.

Setakat 12 tengah hari ini, tiga PPS itu ialah Dewan SK Pekan Pitas II; Dewan SK Rukom dan Dewan Kampung Kusilad.

"Seramai 135 mangsa daripada 36 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan SK Rukom melibatkan penduduk Kampung Rukom Ulu.

"Manakala, 108 mangsa daripada 41 keluarga ditempatkan di PPS Dewan SK Pekan Pitas II. Mereka terdiri daripada penduduk Kampung Tambilidon, Kampung Kalumpang, Kampung Taka dan Kampung Saab Darat.

"Sementara seramai 73 mangsa daripada 20 keluarga kini ditempatkan di PPS Dewan Kampung Kusilad," katanya.

Jelasnya, pecahan mangsa setakat ini melibatkan 118 wanita dewasa, 81 lelaki dewasa, 61 kanak-kanak perempuan dan 56 kanak-kanak lelaki.

Sementara itu, keadaan banjir di daerah ini masih menunjukkan peningkatan setakat jam 12 tengah hari ini.

Comment