SPRM serbu MARA, 5 pegawai bakal dipanggil ke SPRM beri keterangan
15:02 Feb 07, 2022  |  By SabahKini2
SPRM serbu MARA, 5 pegawai bakal dipanggil ke SPRM beri keterangan

SPRM datang mengambil beberapa dokumen berkaitan kes. Dijangka tidak lama lagi SPRM akan memanggil pegawai secara berasingan untuk merekodkan keterangan.

Seperti yang dijanjikan SPRM 5 Februari lalu hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat MARA Corp bagi menyiasat dakwaan salah guna kuasa 5 pegawai MARA Corp gred 41 hingga 52 di ketuai oleh  Noor Irwan Marmin pemangku Group CEO yang tular baru-baru ini.

Beberapa pegawai SPRM berpakaian biasa difahamkan hadir di pejabat berkenaan bermula jam 9 pagi mengambil beberapa dokumen berkaitan yang boleh membantu siasatan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan kehadiran pegawai berkenaan.

SPRM sudah memulakan siasatan termasuk mengumpul beberapa dokumen penting berhubung salah guna kuasa itu dan dijangka memanggil beberapa individu termasuk saksi bagi memberi keterangan.

Difahamkan 5 pegawai dan beberapa pembantu pegawai kepada 5 pegawai berkenaan berkampung di pejabat MARA Corp dan Premiera Hotel sabtu dan ahad lalu menyiapkan segala butiran serta dokumen bagi siasatan SPRM hari ini (Isnin).

Dilaporkan Iskandar  Zainudin, Group General Counsel yang menguruskan hal undang-undang MARA Corp sebagai salah seorang suspek mengetuai pengurusan dokumen yang sesuai untuk siasatan SPRM termasuk percakapan yang boleh digunakan semasa siasatan SPRM.

Pasukan 5 pegawai juga telah membocorkan dokumen awal termasuk serangan kad kredit yang digunakan oleh Pengarah Eksekutif MARA Corp. Begitu juga dokumen-dokumen syarikat, minit mesyuarat, resolusi dan bil-bil tertentu.

Hari ini ketika siasatan SPRM pegawai-pegawai ini masih ada di pejabat dan membersihkan semua dokumen-dokumen berkaitan.

SPRM menjalankan siasatan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 yang berkaitan dengan kesalahan mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk mendapatkan suapan.

Negara dikejutkan apabila 5 pegawai MARA yang dipinjamkan ke MARA Corp gred 41 dan 52 mendapat mendapat elaun dari RM3000 hingga RM5000. Hanya berkhidmat 6 bulan dan sambung lagi 6 bulan (alasan tiada pengganti) dan mendapat lagi elaun tambahan sehingga RM 10,000 hingga RM13,125. 

Mengejutkan! RM29 ribu elaun 7 pegawai tapi 5 Pegawai curi duit MARA Corp  tanpa kelulusan Lembaga Pengarah!

Gaji Hakiki berjalan, elaun berjalan namun balun lagi kenaikan 25% elaun termasuk bayaran pemangkuan.

Apa yang jelas ialah Proposal for Extension of MARA's Secondment Officers of MARA Corporation Sdn Bhd hanya mencadangkan elaun yang diterima bagi setiap perjawatan di MARA Corp sebanyak RM29,000 sebulan sahaja untuk 7 pegawai yang tersenarai namun hakikatnya amaun yang diluluskan  tidak sama dengan amaun yang diterima kerana amaun diterima merupakan jumlah yang lebih tinggi daripada yang diluluskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan! RM29 ribu elaun 7 pegawai tapi 5 Pegawai curi duit MARA Corp tanpa kelulusan Lembaga Pengarah!]


SPRM perlu panggil 5 pegawai beri keterangan di pejabat SPRM berasingan

Memandangkan serbuan hari ini di pejabat MARA pegawai sudah bersedia dengan dokumen berkaitan diharap SPRM meneruskan siasatan memanggil 5 pegawai untuk merekodkan keterangan mereka. Jika boleh pegawai direman untuk siasatan. Mohon juga SPRM menyiasat semua akaun peribadi 5 pegawai termasuk kad kredit MARA Corp yang dipegang oleh Irwan GCEO MARA Corp yang dilaporkan juga digunakan bagi tujuan peribadi.

5 pegawai sepatutnya bercuti dan tidak lagi berada di pejabat memandangkan semua mereka mempunyai akses ke atas semua dokumen di pejabat MARA Corp. Mereka juga boleh memanipulasi dokumen serta rakaman video di pejabat MARA Corp. 

Datuk Azhar Abdul Manaf Ketua Pengarah MARA seharusnya berkecuali dan tidak menyokong 5 pegawai MARA Corp yang melakukan salah laku mencuri wang rakyat dengan elaun puluhan ribu yang tidak masuk akal. 

Sebaran tangkap layar bayaran kad kredit Pengarah Eksekutif hanyalah satu cara 5 pegawai MARA Corp mengalihkan isu integriti mereka sedangkan semua tahu apa perlunya mereka dibayar sehingga RM13 ribu sebulan jika MARA Corp pun rugi.

 

2 Comments