Pemimpin melakukan kekerasan jenayah dan mencabul kehormatan ialah Adun Permatang Pasir. Dia yang peluk, raba peha tapi dia pula dituduh gilakan suami orang. Kes telah dibicara di mahkamah. Hormati perjalanan mahkamah. Bukan menyerangnya
Ketua Biro Wanita Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Terengganu, Yuslaini Azmi yang sebelum ini membuat laporan polis gangguan seksual wakil rakyat Amanah ADUN Permatang Pasir Faiz Fadzil Mac 2021 menyeru pihak tertentu menghentikan serangan terhadapnya menuduh sebagai ‘penggoda’ suami orang
Katanya dia cuba mengunci mulut daripada mengulas kes itu memandangkan ia melibatkan wakil rakyat Amanah daripada gabungan pembangkang.
"Sejujurnya saya cuba mengunci mulut dan tidak bercakap soal ini memandangkan kami berada dalam blok pembangkang dan saya tidak mahu ia dijadikan senjata untuk mengapi-apikan situasi kami.
"Namun begitu, saya sangat kesal sepanjang saya mendiamkan diri, saya dituduh dengan pelbagai perkara termasuklah “gila”, “cuba menggoda lelaki orang” dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Yuslaini menegaskan Adun Permatang Pasir tersebut, Muhammad Faiz Fadzil telah didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam semenjak 9 Jun tahun lalu dan kes ini juga masih dalam perbicaraan.
“Saya minta rakan-rakan koalisi parti memberi ruang dan berhenti memburukkan imej saya dengan melabel pelbagai perkara buruk dengan bertujuan untuk mengganggu psikologi dan emosi saya.
“Saya harap individu tertentu yang melakukan perkara ini berhenti mengganggu hidup saya dan kawan-kawan saya dengan menyampaikan berita palsu tentang diri saya,” katanya.
Muhammad Faiz Fadzil dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan apabila memeluk serta meraba peha Yuslaini Azmi
[ARTIKEL BERKAITAN - Wanita PKR lapor polis Adun Amanah Faiz Fadzil peluk, raba, cabul ]
Menurut kertas pertuduhan, kejadian itu berlaku antara jam 9.45 malam dan 11.30 malam ketika mereka berdua berada di dalam kereta ketika dalam perjalanan dari pusat membeli-belah Sunway Pyramid ke Subang Jaya.
Faiz pada Jun tahun lalu mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan serangan seksual di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Shah Alam.
Sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda, atau dan sebatan, atau dua daripada tiga hukuman tersebut.
Dalam pada itu Yuslaini turut meluahkan rasa kesal apabila isu kesihatan mental dirinya dijadikan alat untuk menyerangnya “habis-habisan” di dalam talian mahupun di luar media sosial.
“Benarkan kes ini berjalan sehabis baik tanpa serangan terbuka terhadap diri saya. Saya yakin jika kita berada di pihak yang benar serangan seperti ini tidak diperlukan dan menghormati perjalanan mahkamah," katanya lagi.