Dato' Sri Aminul, Bestinet saman Malaysiakini, penulis artikel sindiket pekerja Bangladesh
02:02 Feb 14, 2022  |  By SabahKini2
Dato' Sri Aminul, Bestinet saman Malaysiakini, penulis artikel sindiket pekerja Bangladesh

Syarikat kontroversi yang dikaitkan dengan monopoli pekerja Bangladesh di negara ini Bestinet Sdn Bhd (Bestinet) mengeluarkan surat tuntutan (LOD) terhadap Malaysiakini berikutan artikel yang dikeluarkan pada 4 Februari mengandungi pernyataan fitnah

Syarikat kontroversi yang dikaitkan dengan monopoli pekerja asing di negara ini Bestinet Sdn Bhd (Bestinet) mengeluarkan surat tuntutan (LOD) terhadap Malaysiakini berikutan artikel yang dikeluarkan pada 4 Februari bertajuk Surat terbuka gesa henti 'sindiket' perjanjian pekerja Malaysia-Bangladesh’ mengandungi pernyataan fitnah.

Artikel yang ditulis Alyaa Alhadjri dan B Nantha Kumar hanya berasaskan surat layang tanpa nama dilihat cuba mempengaruhi pembaca bahawa syarikat Bestinet diketuai Dato' Sri Aminul  "monopoli, eksploitasi dan manipulasi besar-besaran" dalam pengambilan pekerja asing Bangladesh di Malaysia.

Dato' Sri Aminul Islam bin Abdul Nor bukan saja mengeluarkan LOD kepada Malaysiakini dan sebuah lagi portal tetapi juga penulis artikel  Alyaa Alhadjri dan B Nantha Kumar di atas alasan yang sama.

Tidak dinyatakan  LOD kepada Malaysiakini namun artikel 4 Februari jelas daripada Malaysiakini

Bestinet dalam kenyataannya berkata, surat tuntutan itu memaklumkan bahawa kandungan pernyataan fitnah itu adalah berniat jahat, tidak benar dan tidak dapat dijustifikasikan.

"Pernyataan fitnah berkenaan adalah serangan terhadap integriti dan reputasi Syarikat dan Mohd Amin, yang telah diheret ke dalam skandal, cemuhan dan kebencian orang awam," kata Bestinet.

Mohd Amin dilaporkan bersedia untuk menghentikan tindakan perundangan sekiranya Malaysiakini dan dua penulisnya menghentikan tindakan seperti yang dinyatakan dalam LOD.

Pendedahan mengenai Bestinet Sdn Bhd dan agensi pengambilan tenaga kerja Synerflux Sdn Bhd bukanlah perkara baru dalam skandal pekerja asing di negara ini. Begitu juga tentang peranan Mohd Amin didakwa mengawal “sindiket” agensi pekerja asing di negara ini.

Antara blog yang banyak mendedahkan mengenai Bestinet  ialah blog milik Wee Choo Keong bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju termasuk syarikat S5 Systems Sdn Bhd dan Ultra Kirana Sdn Bhd. Dokumen-dokumen di bawah juga biasa dalam laman sosial 

[ARTIKEL BERKAITAN- Bestinet: Who Are The Third Party Operators? ]

Mungkin Dato' Sri Amin tu pening dikaitkan antara sesama syarikat memandangkan di semua syarikat tu dia ada

Di JR Join Resourcees pun Dato' Sri Amin ada...

 

Synerflux Sdn Bhd pernah ditangguhkan ketika PH Memerintah

 

 

4 Comments