Lelaki cedera dalam kemalangan di Jalan Sepanggar-Menggatal
14:02 Feb 15, 2022  |  By SabahKini2
Lelaki cedera dalam kemalangan di Jalan Sepanggar-Menggatal

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 9.40 pagi itu melibatkan dua jenis kenderaan jenis lori dan sedan.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Sepanggar- Manggatal berhampiran Terowong Sepanggar, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, kejadian jam 9.40 pagi itu membabitkan dua kenderaan iaitu lori dan sedan.

“Sebaik mendapat panggilan kecemasan jam 9.43 pagi, kita menggegaskan sepasukan anggota dan pegawai dari BBP Lintas bagi menjalankan operasi penyelamatan.

“Seorang mangsa lelaki yang mengalami kecederaan bagaimanapun sudah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi,” katanya.

Menurutnya pasukan bomba kemudiannya menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada unsur bahaya lain yang disebabkan oleh kemalangan ini.

Katanya operasi keseluruhan kemudiannya ditamatkan jam 10.07 pagi.

Comment