Warisan bertanding di PRN Johor di kerusi kawasan DAP dan PKR?
12:02 Feb 16, 2022  |  By SabahKini2
Warisan bertanding di PRN Johor di kerusi kawasan DAP dan PKR?

Selepas 'dikencing' Syed Saddiq dan MUDA akhirnya Warisan membuat keputusan bertanding di PRN Johor. Sumber mendedahkan Warisan akan bertanding di kawasan DAP atau PKR yang punya pengundi kurang 50% Melayu.

Parti Warisan Sabah (WARISAN) mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika melancarkan parti di peringkat negeri itu berkata, Parti Warisan Johor akan diketuai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO Kukup, Suhaimi Salleh, dengan tujuan untuk memberi pilihan kepada rakyat Johor.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, rakyat jelas menolak formula yang diguna pakai oleh Pakatan Harapan (PH) dalam dua siri PRN sebelum ini, justeru kehadiran Warisan memberi rakyat pilihan baharu.

“Kita dah tahu rasa bagaimana BN (memerintah), bagaimana PH (memerintah). Mesti nak berunding, tetapi itu bukan pilihan rakyat. Pilihan rakyat, rakyat bosan dengan parti politik, rakyat bosan dengan ahli politik.

“Masa itu saya maklum kita perlu sediakan pilihan. Kita dah nampak pilihan ada di Melaka rakyat tolak PH, di Sarawak rakyat tolak PH. Why? People don’t want to vote sebab no choice. So, we provide choice,” katanya

"Di PRN Melaka dan Sarawak, WARISAN tidak bertanding, namun di Johor kita memutuskan secara rasmi untuk bertanding.

Keputusan Warisan untuk bertanding di PRN Johor ini, kata Mohd Shafie lagi, adalah sebagai langkah persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum, yang berkemungkinan akan berlaku tahun ini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Parti Warisan Johor sempena PRN Johor yang akan menyaksikan hari penamaan pada 26 Februari ini, hari pengundian pengundian pada 12 Mac depan.

Menurut sumber Warisan akan bertanding di kawasan kerusi DAP dan PKR mempunyai peratusan pengundi seimbang iaitu 50% Melayu dan 50% Cina. Strategi Warisan ialah memecahkan undi Melayu memandangkan persaingan penjuru parti Melayu dalam PRN kali ini.

Sebelum ini dilaporkan MUDA akan bersama-sama dengan Warisan bertanding dalam PRN namun MUDA membuat kerjasama dengan DAP dan Amanah sekaligus membelakangkan Shafie Apdal Presiden Warisan.

Umum juga mengetahui Warisan kini menjadi tempat pemimpin-pemimpin terbuang dalam pelbagai parti menyertai Warisan. Warisan dikatakan bakal menjadi DAP kedua di Semenanjung susulan ramai pemimpin DAP termasuk bekas adun DAP menyertainya semata-mata untuk menjadi calon pilihan raya. 

2 Comments