Sabah merekodkan 8 kematian akibat COVID-19
15:02 Feb 16, 2022  |  By SabahKini2
Sabah merekodkan 8 kematian akibat COVID-19

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kesemua kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam dan terdapat kes kematian yang mengambil masa untuk pengesahan sebelum dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar.

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan lapan kes kematian disebabkan COVID-19 masing-masing tiga kes di Tuaran dan satu kes bagi setiap daerah di Tawau, Semporna, Beaufort, Kota Kinabalu dan Kota Marudu kelmarin.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kesemua kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam dan terdapat kes kematian yang mengambil masa untuk pengesahan sebelum dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar.

Katanya bagi tempoh sama, seramai 2,842 lagi pesakit COVID-19 sedang menerima rawatan termasuk 1,306 orang di hospital, 1,344 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 190 di Pusat Tahanan Sementara (PTS) serta penjara dan dua yang lain di fasiliti swasta. 

“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal adalah seramai 46 orang merangkumi 41 di Unit Rawatan Rapi (ICU) atau repurposed kritikal care serta lima di wad (HDW) atau kubikel akut dan 18 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). 

“41 lagi pesakit berada di tahap empat dan lima yang masih belum lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan sama seramai dua individu dikompaun selepas melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 iaitu gagal mendaftar semasa memasuki premis.

1 Comment