14 kematian di catatkan Sabah akibat COVID-19
12:02 Feb 18, 2022  |  By SabahKini2
14 kematian di catatkan Sabah akibat COVID-19

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, empat kes berlaku di Tawau, tiga kes di Tuaran, dua kes di Kota Kinabalu dan masing-masing satu kes di Kalabakan, Kudat, Ranau, Keningau serta Lahad Datu.

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 14 kes kematian disebabkan COVID-19 pada 17 Februari 2022.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, empat kes berlaku di Tawau, tiga kes di Tuaran, dua kes di Kota Kinabalu dan masing-masing satu kes di Kalabakan, Kudat, Ranau, Keningau serta Lahad Datu.

"Bagaimanapun, bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar," katanya semalam.

Dalam pada itu katanya, bilangan pesakit COVID-19 sembuh pada hari yang sama ialah 1,708 orang menjadikan jumlah kumulatif 249,995 orang.

Manakala katasnya, sejumlah 2,889 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,352 orang di hospital, 1,281 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 255 orang di Pusat Tahanan Sementara atau penjara dan satu orang di fasiliti swasta. 

"Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 45 orang merangkumi 39 di Unit Rawatan Rapi serta enam di open ward.

"24 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan. Manakala bilangan pesakit tahap empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 56 orang," katanya.

Comment