Semua 11 tuduhan adalah fitnah, kata Ebit Lew
14:02 Feb 18, 2022  |  By SabahKini2
Semua 11 tuduhan adalah fitnah, kata Ebit Lew

Ebit Lew berkata, fitnah berkenaan diwujudkan untuk menjejaskan kerja-kerja amal yang dilakukan.

TENOM: Pendakwah terkenal Ebit Lew berkata, 11 pertuduhan yang dikenakan kepada beliau adalah tidak berasas.

Ebit Lew berkata demikian selepas ditemui di perkarangan Mahkamah Majistret Tenom, hari ini.

Beliau berkata, fitnah berkenaan diwujudkan untuk menjejaskan kerja-kerja amal yang dilakukan.

"Semua ini tidak berasas, melampau dan mempunyai satu tujuan saja iaitu menjatuhkan kredibiliti saya untuk melakukan kerja-kerja mendakwah.

"Saya tahu perkara ini dilakukan oleh sekumpulan individu. Saya juga terkejut dengan kejadian ini kerana saya datang ke Sabah untuk melakukan kerja-kerja amal.

"Apa-apa pun saya tidak gentar, tidak takut dan akan teruskan kerja-kerja amal ini," katanya.

Comment