Skandal Air Sabah: Teo Chee Kong dilepas tanpa bebas, dikompaun RM30 Juta bakal jadi saksi kes utama?
13:02 Feb 19, 2022  |  By SabahKini2
Skandal Air Sabah: Teo Chee Kong dilepas tanpa bebas, dikompaun RM30 Juta bakal jadi saksi kes utama?

Kes skandal air berlarutan 5 tahun sejak 2017. Kini Teo Chee Kong bekas Pengarah JANS sanggup bayar kompaun RM30 juta dan bakal menjadi saksi kes utama untuk mendakwa Ag Tahir bekas Pengarah, isterinya Fauziah Piut dan Lim Lam Beng.

Kes skandal air Sabah yang berlarutan sejak 5 tahun lalu kini bakal selesai selepas Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu semalam melepas tanpa membebaskan bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Teo Chee Kong, 56, atas 146 pertuduhan pengubahan wang haram lebih RM32 juta.

Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Mahadi Abdul Jumaat memaklumkan bahawa pihaknya dan Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak meneruskan semua pertuduhan terhadap Teo.

Mahadi berkata, ini berikutan tertuduh telah menghantar representasi berhubung pertuduhan itu kepada Jabatan Peguam Negara dan SPRM.

Pada 13 Dis 2017, Teo mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu. Dia didakwa melakukan pengubahan wang haram melalui penerimaan wang rasuah melibatkan projek Jabatan Air Negeri Sabah sejak 2010 hingga 2016.

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal Air: Teo Chee Kong didakwa 146 tuduhan rasuah dan miliki lebih RM30 juta ]

Skandal Air: Teo Chee Kong didakwa 146 tuduhan rasuah dan miliki lebih RM30 juta

Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM Faridz Gohim Abdullah berkata, kompaun sebanyak RM30 juta dikenakan terhadap tertuduh.

Faridz Gohim berkata, tindakan SPRM mengenakan kompaun itu adalah satu bentuk pemulangan aset mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAM) 2001.

Beliau berkata, kompaun itu merupakan hukuman atau tindakan punitif terhadap tertuduh dan secara tidak langsung sebagai pengakuan salah.

“Dengan jumlah ini ia merupakan satu kejayaan kepada pihak pendakwaan dan sekiranya tertuduh tidak membayar kompaun, dia akan didakwa penuh di mahkamah,” katanya.

Sumber SPRM memaklumkan ada beberapa persetujuan tidak dilaporkan media iaitu kesediaan bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Teo Chee Kong itu menjadi saksi utama untuk mendakwa Awang Mohd Tahir Mohd Talib bekas Pengarah JANS. 

Oleh itu keputusan ke atas Teo itu tidak menjejaskan kes tiga lain termasuk Awang Mohd Tahir Mohd Talib yang turut menghadapi pertuduhan berkaitan.

Skandal air Sabah: Akhirnya semua dibicara serentak mulai 4 April

Dengan penyelesaian ini kes pendakwaan bekas Pengarah JANS ini mungkin boleh berakhir dengan segera kerana tertangguh sekian lama. Mungkinkah cara ini akan lebih cepat memenjarakan bekas Pengarah JANS, isteri dan seorang lagi Lim Lam Beng. 

Pada 4 Okt 2016, Teo bersama bekas pengarah jabatan itu, Awang Mohd Tahir Mohd Talib ditahan SPRM dan selepas menggeledah pejabat dan kediaman kedua-dua suspek, SPRM menemui wang tunai sebanyak RM52 juta, iaitu RM7 juta daripada Teo manakala RM45 juta daripada Awang Mohd Tahir.

Turut ditemui adalah barangan kemas, wang tunai dalam beberapa akaun di luar negara serta geran tanah yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM180 juta termasuk wang tunai. 

Bagaimana Teo Chee Kong membayar RM30 juta?

Ada pihak mempersoalkan bagaimana Teo Chee Kong membayar jumlah yang besar? Teo hanyalah seorang penjawat awam tetapi jangan lupa keluarga Teo Chee Kong memiliki banyak perniagaan termasuk perniagaan dan aset yang tidak dirampas oleh SPRM.

Dalam tempoh 5 tahun kes berjalan pastinya Teo dan keluarganya mencari jalan membebaskan diri dari tuduhan.

Sebelum ini beberapa portal mengaitkan pemilikan aset dan perniagaan Teo. Bermakna keluarga Teo ni memang dah kaya dan sanggup melakukan apa sahaja untuk bebas termasuk memenjarakan bekas bosnya Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Awang Tahir tu.

 

Banyak projek bawah Keluarga Teo

Hotel No.5 in Kota Kinabalu juga milik keluarganya

 

Comment