RM3.9 Juta telah dibayar cetak buku ’Mari Kenali Sawit’, tapi buku lesap tiada penghantaran ke sekolah!
00:02 Feb 23, 2022  |  By SabahKini2
RM3.9 Juta telah dibayar cetak buku ’Mari Kenali Sawit’, tapi buku lesap tiada penghantaran ke sekolah!

Zuraida mesti beri penjelasan. RM3.9 juta sudah dibayar oleh MPOC mencetak buku 'Mari Kenali Sawit' namun bukunya entah di mana dan tiada penghantaran ke sekolah-sekolah seluruh negara. Sekurang-kurangnya 370 ribu unit buku dicetak. Mana buku-buku itu?

Apa sudah jadi? Buku “Mari Kenali Sawit” Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komodoti (KPPK) yang kos cetaknya RM3.9 juta ditanggung oleh Malaysian Palm Oil Council (MPOC) dilaporkan tidak semuanya sampai ke KPPK.

Buku yang dilancarkan oleh Datuk Zuraida Kamaruddin Menteri Perusahaan Perladangan dan Komodoti pada Januari 2022 dicetak dua variasi iaitu buku “Mari Kenali Sawit” dikhususkan kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Projek yang dilaksanakan oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat (KUKK) KPPK dengan kerjasama MPOC bernilai RM3.9 juta itu dilihat sebagai projek harga tidak masuk akal dan sangat menguntungkan pembekal. Reka bentuk dan kandungan buku yang dicetak juga sangat buruk! tidak sepadan dengan kos RM3.9 juta!.

Buku ini sepatutnya diberikan secara percuma kepada sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Malaysia namun ia tidak pernah pun dihantar ke sekolah-sekolah yang dimaksudkan. Malah buku itu tidak pernah dihantar sepenuhnya ke Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komodoti (KPPK).Jika benar dihantar ke MPIC sudah tentu ratusan ribu buku tersimpan di kementerian untuk diagihkan.

Projek RM3.9 juta dengan kos penghantaran RM100,000 ke seluruh negara sekurang-kurangnya dicetak 370,000 cetakan jika 2 variasi buku ini dibayar kos RM10.00 seunit. Kos cetak semakin banyak dicetak maka semakin murah. Kalaupun ada kos konsep, konten dan rekabentuk dibayar RM30,000 sehingga RM70,000 sekalipun pembekal tetap untung luar biasa!.

Logik ke dengan hanya konsep buku seperti ini kosnya RM3.8 juta untuk cetakan
dan RM100,000 kos penghantaran ke sekolah seluruh negara?

Persoalannya di mana semua buku-buku ini? Benarkah sekolah telah menerimanya? Sekolah mana menerima buku ini? Pasti senarai penuhnya  ada. Ini kerana ketika pelancaran buku ini tidak ada satupun wakil daripada Kementerian Pendidikan yang hadir kerana mereka tidak pernah dibawa berbincang mengenai buku ini serta pengedarannya kepada sekolah-sekolah.

Sumber melaporkan bayaran RM3.9 juta ini telah dibayar oleh MPOC kepada syarikat cetak atau penerbit buku. Buku tak semua diterima tetapi bayaran telah dibuat sepenuhnya. Mengapa? Bukankah ini jelas salah guna kuasa kepada pihak yang meluluskan bayaran?

Pembekal buku

Seperti yang tertera dalam buku pencetak dan penerbit buku ini ialah Syarikat Nukilan Unggul Sdn Bhd beralamat di Jalan Alam Damai 1 Damai 23, Cheras Kuala Lumpur. Pemilik syarikat ialah Khairul Hazamy Abd Ghani dan Shamsarizawati  Ahmad.

Perolehan ini dibuat secara rundingan terus atas arahan Menteri KPPK Datuk Zuraida dan diselaraskan oleh Pegawainya Nor Ratna Sridewi Mokhtar (Bekas PTTK).


Syarikat yang dilantik juga bukanlah syarikat yang mempunyai lesen cetak hanya menjalankan perniagaan buku, stationery materials dan general trading.

Jadi bagaimana pembekal dilantik tentulah antara pegawai Zuraida dan juga pegawai MPOC yang mengetahuinya. Mungkinkah kos projek cetakan melampau ini sebahagian dari mencari dana Zuraida dan Parti Bangsa?

Umum mengetahui Pengerusi MPOC sekarang ialah Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien  yang juga Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM)  dikaitkan dengan Zuraida Kamaruddin Menteri KPPK sekarang.


Larry Sng Wei Shien Presiden PBM mengumumkan PBM bertanding di PRN Johor

Inilah yang Zuraida lakukan sekarang menyusun semua projek di KPPK untuk Parti Bangsa Malaysia atau 'orang-orangnya' menjadi Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, CEO termasuk mencari wang mudah membeli semua papan-papan tanda di Kuala Lumpur atau di beberapa tempat dengan menggunakan agensi KPPK seperti MPOC,  Malaysian Timber Council (MTC), Majlis Getah Malaysia (MRC)  dan lain-lain agensi di bawah KPPK.  KPPK berbelanja besar untuk Zuraida.

Zuraida melantik bekas-bekas 'katak' bersamanya di agensi Kementerian...

Siapa tak kenal Nor Hizwan Ahmad bekas Setiausaha Politik Zuraida yang kontroversi dengan skandal wanita  kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Timber Council (MTC). Pengerusi MTC ialah YB Dr Daroyah Alwi bekas ADUN PKR yang kini menyertai PBM. Nor Hizwan Ahmad dialah CEO dia juga Setiausaha Agung Penaja PBM.  Khabarnya mengurus MTC macam syarikat bapak dia punya. Pegawai ditukar dan ditamatkan kontrak jika tidak mengikuti arahan CEO. Habis syarikat-syarikat getah di 'paw' kalau mahu lesen-lesen disambung. 

Skandal percetakan buku RM3.9 juta ini jika benar melampau menggunakan duit agensi KPPK, SPRM wajar menyiasat dakwaan kos tinggi dan buku tidak dihantar ke kementerian juga sekolah-sekolah seperti dijanjikan. Ini jelas mencuri wang rakyat. KPPK perlu menjelaskannya. Jangan sampai nanti bil-bil yang telah dibayar oleh MPOC kepada kontraktor didedahkan kepada rakyat. 

Wan Aishah Wan Hamid CEO MPOC perlu menjelaskannya benarkah MPOC telah membayar RM3.9 juta wang rakyat itu sebagaimana di arahkan Menteri KPPK kepadanya? 

Nota: Skandal Zuraida bukan baru. Begitu juga pegawai-pegawainya. Pernah kecoh dikaitkan dengan kenderaan mewah sebelum beliau dilantik menjadi Menteri lagi.

21 Comments