Polis tahan lelaki miliki pistol di Bulatan Benoni
15:02 Feb 24, 2022  |  By SabahKini2
Polis tahan lelaki miliki pistol di Bulatan Benoni

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata, suspek berjaya ditahan orang awam kira-kira jam 8.30 pagi sebelum diserahkan kepada pihak polis.

PAPAR: Lelaki yang memiliki sepucuk pistol berjaya ditahan di Bulatan Benoni di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata, suspek berjaya ditahan orang awam kira-kira jam 8.30 pagi sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Hasil penahanan lelaki tempatan berumur 30-an itu, polis kemudiannya berjaya merampas sepucuk pistol yang dimiliki suspek terbabit.

“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti pemilik sebenar senjata itu dan menyiasat tujuan suspek membawa senjata itu di kawasan awam,” katanya.

Dalam pada itu Batholomew juga memuji tindakan pantas dan berani penunggang motosikal yang berjaya menahan suspek selepas didapati memiliki sepucuk pistol di kawasan terbabit.

Kejadian berkenaan turut mendapat perhatian ramai selepas ditularkan di media sosial oleh pengguna jalan raya yang menyaksikan kejadian.

Batholomew juga menasihatkan orang ramai agar tidak membawa sebarang senjata atau objek yang menyalahi undang-undang bagi mengelakkan dikenakan tindakan tegas.

Comment