Harga makanan dunia terkesan krisis Rusia-Ukraine
17:02 Feb 25, 2022  |  By SabahKini2
Harga makanan dunia terkesan krisis Rusia-Ukraine

Penutupan pelabuhan dan laluan kereta api di Ukraine, sudah mula menyebabkan eksport komoditi negara itu terjejas. Penghantaran tanaman bukan satu-satunya ancaman yang boleh melonjakkan lagi inflasi.

NEW YORK: Serangan Rusia ke atas Ukraine telah menyebabkan inflasi makanan global bertambah buruk kerana telah mengancam penghantaran beberapa tanaman ruji dunia.

Penutupan pelabuhan dan laluan kereta api di Ukraine, sudah mula menyebabkan eksport komoditi negara itu terjejas. Penghantaran tanaman bukan satu-satunya ancaman yang boleh melonjakkan lagi inflasi.

Russia adalah pengeksport kos rendah utama bagi hampir semua jenis baja.

Adalah sukar untuk mengukur kepentingan komoditi itu kepada rantaian bekalan makanan, memandangkan semua jenis makanan yang ada memerlukan baja.

Sekiranya perdagangan global terganggu, ia bermakna kos lebih besar bagi peladang di seluruh dunia, yang seterusnya menyebabkan inflasi makanan menjadi lebih tinggi.

Harga makanan sudah pun meningkat, dengan begitu harga gandum, jagung dan kacang soya dijangka turut melonjak minggu ini.

Perang yang menghentikan eksport tanaman Ukraine akan menyebabkan harga gandum melonjak 30 peratus dan jagung sebanyak 20 peratus, menurut penganalisis Rabobank.

"Ia akan melonjakkan inflasi," kata Naib Presiden Institut Pemasaran Makanan, Andrew Harig, pada Forum Tinjauan Pertanian tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (AS).

"Kita tidak dapat memahami sepenuhnya proses itu."

Harga makanan global melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah sejak beberapa bulan lalu.

Cuaca melampau menjadikan lebih sukar untuk menghasilkan tanaman, manakala kekurangan pekerja dan kos perkapalan lebih tinggi menyempitkan rantaian bekalan.

Krisis di Ukraine akan melonjakkan lagi harga makanan, kata Naib Presiden Price Futures Group Inc, Jack Scoville.

"Langit adalah hadnya," kata Scoville.

Comment