PRN Johor: WARISAN tanding 6 kerusi misi 'Sempornarian' rosakkan 'Bangsa Johor'
18:02 Feb 25, 2022  |  By SabahKini2
PRN Johor: WARISAN tanding 6 kerusi misi 'Sempornarian' rosakkan 'Bangsa Johor'

Bolehkah perangai 'Sempornarian' dibuang di Johor? Ketika berkuasa di Sabah, pentadbiran di Sabah penuh dengan kroni, suku sakat, keluarga dan bangsanya sendiri. Budaya inilah akan dibawa merosakkan Bangsa Johor!

Parti Warisan Sabah (WARISAN) mengumumkan akan bertanding enam kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata kerusi akan ditandinginya adalah Pekan Nanas, Bekok, Mahkota, Johor Jaya, Bukit Batu dan Permas.

"WARISAN akan bertanding enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di PRN Johor sebagai persediaan parti bertapak di Johor, namun calon dikemukakan ini adalah berkelayakan dan terbaik.

"Calon WARISAN adalah Hishamuddin Busri (Pekan Nanas), Sandara Segaran Arumugam (Bekok), Mohamed Noor Suleiman (Mahkota), Chen Hain Kai (Johor Jaya), Lew Ming Wen (Bukit Batu) dan Mohamed Ridza Busu (Permas)," katanya pada majlis pengumuman calon WARISAN bagi PRN Johor.

Sejak beberapa bulan lalu Warisan sangat terdesak untuk menyatakan ‘masuk Malaya’ dan kini menyertai PRN Johor sebagai pentas memperkenalkan Warisan di Semenanjung.

Rakyat Johor diingatkan jangan terpedaya dengan penyertaan Warisan sebuah parti yang gagal memajukan Sabah sejak merampas kuasa Mei 2018 dan membubarkan DUN Sabah pada Julai 2020.

Di bawa pemerintahan Warisan di Sabah KDNK ekonomi negeri Sabah jatuh teruk 0.5% hingga 1.5% menyebabkan beberapa daerah Sabah diumumkan termiskin bagi tahun 2020.

Pusat pemerintahan Sabah juga menjadi lebih ‘Semporarian’, jawatan-jawatan utama di Sabah dilantik dari kalangan keluarga dan orang-orang Semporna sahaja. Akhirnya rakyat Sabah menolak Warisan. Lepas ni Shafie akan beritahu pengundi Sabah asal Semporna di Johor untuk bangkit masuk Johor dan mulakan di negeri sebelum niatnya mahu menjadi PM tercapai.

Tujuan Warisan hanya satu. Menang atau kalah mereka mahu memulakan di Johor. Mereka bukan serius memerintah. Mereka mahu menjadi pengacau kerajaan. Lepas habis PRN mereka akan kembali Sabah membiarkan orang-orangnya di Johor. Oleh itu  jangan biarkan budaya politik Warisan ini masuk ke Johor merosakkan bangsa Johor.

 

 

7 Comments