[VIDEO] Habislah Bangsa Johor, perangai buruk Warisan di Sabah dibawa ke PRN Johor!
01:02 Feb 27, 2022  |  By SabahKini2
[VIDEO] Habislah Bangsa Johor, perangai buruk Warisan di Sabah dibawa ke PRN Johor!

Hanya kerana wang RM300! semuanya boleh kalau Warisan. Jika PN boleh bayar RM20, Warisan tabur lebih lagi. Di Sabah Warisan bangga jika rampas bilik gerakan parti lain. Bayar juga supaya lompat parti. Nanti bila berkuasa lantik suku sakat kroni sahaja

 

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Presiden Warisan yang terdesak menonjolkan Parti Warisan di Semenanjung akhirnya meletakkan 6 kerusi DUN yan ditandingi iaitu Pekan Nanas, Bekok, Mahkota, Johor Jaya, Bukit Batu dan Permas.

"Calon WARISAN adalah Hishamuddin Busri (Pekan Nanas), Sandara Segaran Arumugam (Bekok), Mohamed Noor Suleiman (Mahkota), Chen Hain Kai (Johor Jaya), Lew Ming Wen (Bukit Batu) dan Mohamed Ridza Busu (Permas)," katanya 

Namun perangai Warisan dah mula nampak. Hanya 6 kerusi bertanding di PRN Johor Warisan dah guna wang untuk membeli bilik Gerakan di kawasan mereka bertanding. 

Dalam satu video yang tular menyebut setakat PN membayar RM20 mereka tak layan berbanding RM300 yang dibayar Warisan. Sekumpulan penyokong telah menurunkan bendera PN dan menukar bilik Gerakan PN kepada Warisan. Semuanya demi wang.

Bangsa Johor diingatkan jangan terpedaya dengan penyertaan Warisan sebuah parti yang gagal memajukan Sabah sejak merampas kuasa Mei 2018 dan membubarkan DUN Sabah pada Julai 2020.

Warisan di Sabah lebih rasis melaungkan slogan 'Sabah untuk orang Sabah' kini terpaksa menagih sokongan dengan Bangsa Johor untuk mengundi parti Warisan. Calon Johor hanya alat mereka saja. 6 Kerusi DUN jika menang pun tidak memberi manfaat apa-apa hanya menjadi tukang kacau. Lebih baik Bangsa Johor mengutamakan kestabilan pemerintahan untuk ekonomi Negeri Johor lebih maju.

Bayangkan pusat pemerintahan Sabah menjadi lebih ‘Semporarian’, jawatan-jawatan utama di Sabah dilantik dari kalangan keluarga dan orang-orang Semporna sahaja. Apakah budaya ini yang dimahukan oleh Bangsa Johor? 

Rakyat Johor harus sedar di bawah di bawah pemerintahan Warisan di Sabah KDNK ekonomi negeri Sabah jatuh teruk 0.5% hingga 1.5% menyebabkan beberapa daerah Sabah diumumkan termiskin bagi tahun 2020. Di Sabah pun Warisan kalah tak kan Bangsa Johor beri Warisan 6 kerusi. 

 Terbukti Kerajaan Warisan cipta rekod junamkan ekonomi Sabah terendah di Malaysia 2019

 Apakah ini yang Bangsa Johor mahu daripada Parti Warisan Sabah?

 [BACA - Shafie Ketua Menteri ekonomi Sabah menjunam, jadi Menteri KKLW RM14.6B Sabah mundur! ]

 

 

 

1 Comment