(VIDEO) WARISAN Sabah pengacau undi pembangkang di Johor kata Guan Eng
11:02 Feb 28, 2022  |  By SabahKini2
(VIDEO) WARISAN Sabah pengacau undi pembangkang di Johor  kata Guan Eng

Bukan sahaja ganggu undi pembangkang, menang pun tak bawa perubahan bukan membentuk kerajaan malah memudahkan BN menang.

Kehadiran Parti Warisan (WARISAN) menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat hanya mahu mengganggu undi pembangkang dan bukannya untuk mendapatkan kemenangan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Kata Lim Guan Eng lagi memandangkan parti pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal itu hanya meletakkan calon di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dilihat tidak akan membawa sebarang perubahan, apatah mampu membentuk kerajaan.

Menurutnya DAP menghormati hak dan keputusan WARISAN untuk bertanding pada pilihan raya berkenaan, namun tindakan itu seolah-olah memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional (BN).

“Kita hormat keputusan dan hak mereka untuk bertanding dalam demokrasi negara di mana-mana tempat, tetapi sekiranya mereka bertanding bukan untuk menang, bagaimana hendak buat perubahan.

“Macam Liow Cai Tung (calon DAP DUN Johor Jaya) beritahu, kita harap mereka jangan bertanding hanya untuk mengganggu undi pembangkang dan memberi laluan mudah kepada kerajaan sedia ada.

“Saya harap itulah yang harus kita dipertimbangkan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan program walkabout di Pasar Pagi Johor Jaya yang turut dihadiri Cai Tung.

Guan Eng berkata, harapan DAP bagi memastikan kemenangan calon parti itu di mana-mana kerusi ditandingi, bukan sekadar untuk calon mereka berkhidmat dengan baik kepada rakyat selama ini.

1 Comment