Tengku Zafrul nafi hadir mesyuarat TIA bersama Leissner, Jho Low
20:03 Mar 03, 2022  |  By SabahKini2
Tengku Zafrul nafi hadir mesyuarat TIA bersama Leissner, Jho Low

Tengku Zafrul menafikan pernah menghadiri sebarang mesyuarat mengenai TIA pada tahun 2009 bersama DYMM Sultan Terengganu, Jho Low dan Leissner

Susulan dakwaan Tim Leissner mengaitkan nama Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz kes 1MDB di Mahkamah Persekutuan New York, Zafrul menafikan pernah menghadiri sebarang mesyuarat Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) bersama Low Taek Jho atau Jho Low dan Roger Ng bekas eksekutif Goldman Sachs.

Tim Leissner saksi utama dalam perbicaraan kes rasuah bekas jurubank Goldman Sachs, Roger Ng mendedahkan beliau dijemput hadir dalam mesyuarat yang turut dihadiri Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Jho Low dan termasuk Tengku Zafrul.

Tengku Zafrul merupakan Pengarah Kumpulan dan ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Kenanga Holdings Berhad dari Januari 2009 hingga Jun 2010.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tim Leissner petik nama Tengku Zafrul kes 1MDB di Mahkamah Persekutuan New York]

Tengku Zafrul dalam Facebooknya menjelaskan perkara itu.  

“Saya ingin mengesahkan bahawa saya tidak pernah menghadiri sebarang mesyuarat mengenai TIA pada tahun 2009 bersama DYMM Sultan Terengganu dan individu-individu lain yang disebut dalam kenyataan tersebut,” katanya.

 

Comment