Bot karam, dua lelaki hilang
16:03 Mar 04, 2022  |  By SabahKini2
Bot karam, dua lelaki hilang

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat Ishak Jabas berkata, kejadian melibatkan bot dinaiki dua mangsa karam yang belum ditemukan sehingga kini.

KUDAT: Dua individu dilaporkan hilang selepas bot mereka karam semasa memukat di perairan laut Perapat Tugu Mamal, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.04 petang sebelum menggegaskan sepasukan anggota ke lokasi.

“Kejadian membabitkan sebuah bot karam di perairan terbabit dan dua mangsa lelaki masing-masing berumur 20 dan 28 tahun dilaporkan belum ditemukan sehingga kini.

“Pasukan bomba bersama agensi lain termasuk PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan bantuan orang kampung menjalankan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) menggunakan kaedah pencarian di permukaan air (surface rescue),” katanya.

Menurutnya sehingga kini mangsa belum ditemukan dan maklumat lanjut akan disalurkan dari masa ke semasa.

Comment