PRN Johor: BN menang majoriti dua pertiga
22:03 Mar 12, 2022  |  By SabahKini2
PRN Johor: BN menang majoriti dua pertiga

Nampaknya BN Menang PRN Johor. Saingan utama BN iaitu Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PN) setakat ini memperlihatkan prestasi hambar. Begitu juga Pejuang, Warisan dan MUDA namun MUDA cipta sejarah menang 1 kerusi.

Barisan Nasional memenangi PRN Johor malam ini untuk menubuhkan kerajaan negeri baharu.

Menurut keputusan tidak rasmi, BN sudah memenangi 40 kerusi daripada 56 kerusi DUN Johor. PN 3 kerusi, PH 11 kerusi dan 1 Kerusi MUDA di DUN Puteri Wangsa

Saingan utama BN iaitu Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PN) setakat ini memperlihatkan prestasi hambar. Begitu juga Pejuang dan MUDA.

Hasni juga mempertahankan kerusi DUN Benut yang dimenanginya. Begitu juga dilaporkan banyak kerusi yang dimenangi PH kembali dikuasa BN. Berdasarkan keputusan itu, Hasni Mohammad akan dilantik menteri besar Johor setelah berjaya mempertahankan Benut.

Hasni menjadi Menteri Besar Johor lebih dua tahun sebelum DUN Johor dibubarkan pada 22 Jan lalu untuk PRN diadakan.

Kadar 50 peratus mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berbanding sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini 70 peratus berkemungkinan disebabkan kebimbangan terhadap jangkitan Covid-19.

Dilaporkan juga daripada 750 ribu pengundi baru berumur 18 tahun yang didaftarkan secara automatik kira -kira  30% berusia antara 18-21 tahun. Selebihnya mereka yang tidak pernah mendaftar sebagai pemilih.

Bermakna kira-kira 60% hingga 70% pengundi baru tidak begitu minat berpolitik atau keluar mengundi.

 

Mengikut kerusi DUN

Perbandingan dengan Kerusi PRU 14..

6 Comments