Pendaftaran GRS langkah 'Reset Sabah'?
16:03 Mar 13, 2022  |  By SabahKini2
Pendaftaran GRS langkah 'Reset Sabah'?

GRS kini entiti sah di Sabah. GRS mengutamakan mandat rakyat. Apakah pendaftaran GRS langkah 'Reset Sabah'? berhadapan kemelut mendatang BN dan PN pusat. Apa saja boleh berlaku. GRS wajar mempunyai autonomi sendiri dari terikut-ikut politik 'Malaya'

Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor mengumumkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini adalah entiti politik yang sah.

Pengerusi GRS itu berkata, sijil kelulusan permohonan gabungan itu diserahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Jumaat lalu.

“Pendaftaran GRS ini sebagai respons kepada permintaan rakyat yang mahu melihat GRS didaftarkan sebagai sebuah entiti politik.

“Ini adalah masa terbaik, mari kita sama-sama mengetepikan politik negatif dan mengutamakan mandat yang telah diberikan demi kebaikan rakyat,” katanya ketika berucap pada pelancaran parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM)


Hajiji dalam ucapannya mengalu-alukan permohonan KDM untuk menyertai GRS dan keputusan berhubung perkara itu akan dibincang bersama parti komponen GRS.

“Sekiranya semua parti politik (di Sabah) bekerjasama, negeri ini akan lebih membangun dan progresif dan inilah yang saya, sebagai Pengerusi GRS mahukan,” katanya.

Semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden Bersatu dan Pengerusi PN mengumumkan bersedia meletakkan jawatan sebagai pengerusi Perikatan Nasional susulan kekalahan teruk gabungan itu pada PRN Johor.

Beliau sedia berbuat demikian pada bila-bila masa, sekiranya diminta oleh parti komponen.

Kemelut politik kesuraman PN mungkin boleh memberi kesan terhadap politik Sabah jika sekiranya Muhyiddin dan PN mengambil jalan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan sebagaimana desas-desus sebelum PRN Johor bermula.

Menurut sumber PN Sabah tidak bersetuju dengan kerjasama bersama pembangkang PH.

Oleh itu pengumuman segera pendaftaran GRS merupakan permulaan ‘Sabah Reset’ atau permulaan Sabah Baru.

Sebagaimana UMNO Sabah memainkan peranannya sebagai berautonomi di Sabah, Perikatan Nasional Sabah, Parti Pribumi Bersatu Sabah  juga bertindak demikian dalam GRS.

Ditanya mengenai keputusan PRN Johor Hajiji berkata keputusan yang dipilih  rakyat pada PRN Johor mesti dihormati. Hajiji mengucapkan tahniah atas kemenangan majoriti dua pertiga itu. Jawapan pendek Hajiji mudah  ‘lain padang lain belalang’.

Mungkinkah akan datang sesuatu yang baru dalam GRS? Apa saja boleh berlaku dalam tempoh mendatang kata seorang pemimpin kanan PN Sabah. 

Keutamaan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Mohd Noor ialah kestabilan kerajaan untuk memajukan rakyat Sabah sesuai slogan GRS ' Sabah Maju Jaya'. 

 

 

 

1 Comment