Onn Hafiz Menteri Besar Johor ke-19
16:03 Mar 15, 2022  |  By SabahKini2
Onn Hafiz Menteri Besar Johor ke-19

Spekulasi itu menyusul selepas gesaan ADUN Benut, Hasni Mohammad, semalam, supaya BN memilih orang muda untuk memimpin Johor, walaupun beliau sebelum ini diangkat sebagai calon MB parti UMNO-BN

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Onn Hafiz Ghazi sebentar tadi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-19.

Majlis angkat sumpah Menteri Besar itu diadakan di Istana Bukit Serene di sini.

Ia sekaligus menjawab spekulasi bertebaran sebelum ini berhubung pelantikan Menteri Besar baharu Johor itu selepas Barisan Nasional (BN) diisytiharkan memenangi pilihan raya negeri, pada Sabtu.

Spekulasi itu menyusul selepas gesaan ADUN Benut, Hasni Mohammad, semalam, supaya BN memilih orang muda untuk memimpin Johor, walaupun beliau sebelum ini diangkat sebagai calon MB parti berkenaan.

Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Dato’ Hasni Mohammad.

Onn Hafiz, 43, dilihat pemimpin muda berwibawa di negeri itu. Pada pilihan raya negeri (PRN) Johor Sabtu lalu, beliau menewaskan tiga pencabarnya di kerusi DUN Machap dengan majoriti 11,029 undi.

Anak saudara kepada Hishammuddin Hussein dan cicit kepada Onn Jaafar yang mengasaskan Umno itu, berkecimpung dalam dunia politik dengan menyertai Pemuda Umno Sembrong pada 2006.

 

3 Comments