‘Orang kuat Shafie Apdal’ Bekas Pengerusi Mara Inc didakwa semula pengubahan wang haram RM10 juta
22:03 Mar 15, 2022  |  By SabahKini2
‘Orang kuat Shafie Apdal’ Bekas Pengerusi Mara Inc didakwa semula pengubahan wang haram RM10 juta

Pengubahan Wang Haram RM10 juta! daripada akaun Private Banking Portfolio CIMB Bank miliknya di CIMB Bank ke akaun semasa dan akaun simpanan tetap CIMB Bank Berhad. Pertuduhan semula itu dilaksanakan di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kota Kinabalu, Sabah.

 

Orang kuat Shafie Apdal, Datuk Mohammad Lan Allani yang juga bekas Pengerusi Mara Incorporated Sdn. Bhd. (Mara Inc.) berhadapan dengan pertuduhan semula membabitkan kes pengubahan wang haram hari ini.

Pertuduhan semula itu dilaksanakan di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kota Kinabalu, Sabah dan akan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Allan Suman Pillai dan Maziah Mohaide.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur telah menetapkan supaya perbicaraan kes Predicate dan kes AMLA dijalankan secara berasingan bersandarkan kepada fakta bahawa cawangan pembukaan akaun bank milik tertuduh dan juga keberadaan saksi utama kes AMLA yang berada di Kota Kinabalu, Sabah.

Pada 10 Januari lalu, beliau dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur daripada dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang RM10 juta.

Datuk Mohammad Lan Allani di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu

Hakim Suzana Hussin membuat keputusan itu selepas Allan Suman memohon supaya tertuduh dilepas tanpa dibebaskan berikutan dia akan didakwa semula terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah pada Februari atau Mac ini.

Pada 5 Februari tahun lalu, tertuduh didakwa atas dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram dengan memindahkan wang RM10 juta daripada akaun Private Banking Portfolio CIMB Bank miliknya di CIMB Bank ke akaun semasa dan akaun simpanan tetap CIMB Bank Berhad, juga miliknya, yang juga hasil daripada aktiviti haram.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Jalan Sagunting, Central Building, Kota Kinabalu, Sabah, pada 10 Disember 2012.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613) (AMLA) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 4(1) akta sama membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau juga didakwa didakwa atas 20 pertuduhan rasuah berjumlah RM20.45 juta membabitkan hartanah di Melbourne, Australia.

[ARTIKEL BERKAITAN - 'Orang Kuat Shafie' Datuk Lan Allani didakwa 20 tuduhan rasuah, 2 kes ubah wang haram ]

'Orang Kuat Shafie' Datuk Lan Allani didakwa 20 tuduhan rasuah, 2 kes ubah wang haram

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di beberapa lokasi termasuk di Maybank Cawangan Mont Kiara dan Solaris Mont Kiara, dekat sini, antara September 2012 dan 26 Julai 2013 dan di CIMB Bank Jalan Sagunting, Central Building, Kota Kinabalu, Sabah pada 10 Disember 2012.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan tersebut dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Jun untuk pengurusan kes pra perbincangan.

 

2 Comments