Presiden NGO Alam Sekitar kaut jutaan ringgit hasil Resort dan Restoran Mewah di tanah Kerajaan Pahang secara haram
08:03 Mar 17, 2022  |  By SabahKini2
Presiden NGO Alam Sekitar kaut jutaan ringgit hasil Resort dan Restoran Mewah di tanah Kerajaan Pahang secara haram

Berlindung di belakang NGO Alam Sekitar PEKA rupanya banyak Resort dan restoran mewah miliknya dibina di kawasan tanah kerajaan secara haram. Shariffa menentang pembinaan bangunan atau projek di kawasan berhampiran sungai tetapi dia sendiri kaut untung

Sekian lama menghentam kerajaan atas nama NGO dan menggunakan alasan alam sekitar akhirnya isteri Tan Sri Syed Mohd Yusof Syed Nasir ahli perniagaan terkenal Hard Rock Cafe, Concorde Hotel and Nobu didakwa di mahkamah 15 Mac lalu.

 

Siapa tak kenal Tan Sri Syed Mohd Yusof Syed Nasir..

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) Shariffa Sabrina Syed Akil didakwa di Mahkamah Sesyen di Raub, Pahang atas tiga pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran sah.

Kempen Alam Sekitarnya didanai oleh pihak-pihak tertentu..

Bagaimanapun  di mahkamah Puan Sri Shariffa itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan hakim Ahmad Faizadh Yahya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang juga pengasas Rangkaian Tanah Aina Resort dan Restoran didakwa melakukan kesalahan tanpa kebenaran yang sah menduduki tanah kerajaan di Lot 26148, GM4135, Mukim Bentong, iaitu kawasan Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant di Bentong pada jam 2 petang, 11 Jun tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan tanpa kebenaran yang sah menduduki tanah kerajaan di Lot 1053, PM0053, Mukim Ulu Dong, iaitu kawasan Tanah Aina Fahad Glamping Resort di Raub pada jam 2 petang, 10 Jun tahun lalu.

Manakala pertuduhan ketiga pula, dia didakwa melakukan kesalahan tanpa kebenaran yang sah menduduki tanah kerajaan di Lot 10061, GM1572, Mukim Tras, iaitu kawasan yang ketika ini diduduki Tanah Aina Farrah Soraya Exclusive Eco Resort, Raub.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara 1965, iaitu menduduki atau membina apa-apa bangunan di atas mana-mana tanah kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan untuk satu tempoh yang tidak melebihi lima tahun bagi setiap pertuduhan.

Pegawai Pendakwa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Izzat Ikhwan mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili lima peguam diketuai Mohd Arif Mohan.

Terdahulu, Izzat memohon mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan meminta mahkamah melarang tertuduh daripada mengeluarkan kenyataan di laman sosial dan media mengenai kes ini sehingga mengganggu perjalanan kes.

Bagaimanapun, peguam tertuduh memohon agar tiada wang jaminan ditetapkan dan jika ada jaminan, hendaklah pada kadar minimum berdasarkan kerjasama diberikan oleh anak guam dan sumbangannya terhadap ekopelancongan negeri dan negara.

Ahmad Faizadh kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan dan meminta tertuduh tidak mengeluarkan kenyataan mengenai kes itu di luar mahkamah.

Mahkamah menetapkan 25 April ini bagi pendengaran semula serta pengurusan kes manakala tertuduh membayar wang jaminan itu.

Aduan Rakyat terhadap Shariffa Sabrina

Mengapa kes ini akhirnya didakwa?

Pada 12 Jun tahun lalu, Haslihelmy DM Zulhasli dan Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) mendesak kerajaan negeri Pahang supaya segera menyiasat tentang sebuah resort tepi sungai yang dibuka di Raub.

Pihaknya membangkitkan perkara itu ekoran terdapat keraguan tentang operasi resort berkenaan terutama apabila ia dibuka berdekatan dengan sungai di Raub.

“Adakah wujud pelanggaran syarat-syarat tanah, pencerobohan tanah milik kerajaan atau lain-lain kesalahan termasuk membabitkan alam sekitar?

“Atas faktor itu, pada waktu itu saya dan PSAP berpandangan ia perlu disiasat oleh pihak berwajib termasuk kerajaan negeri Pahang kerana tidak adil individu berkenaan boleh membuka resort itu jika ada kesalahan dilakukan.

“Jika wujud kesalahan, tidak kiralah siapa pun individu berkenaan, dia perlu disiasat dan diambil tindakan berdasarkan kepada undang-undang sedia ada,”

 

Shariffa Sabrina cakap tak serupa bikin

Semua pihak sedar Puan Sri Shariffa Sabrina bukan semberangan individu. Tiada siapa berani mengusiknya kerana dikatakan ‘kabel’ besar istananya. Kekayaan suaminya saja sudah membayangkan siapa di belakangnya.

Menggunakan NGO PEKA dan beberapa NGO lain Alam Sekitar menyerang beberapa kerajaan negeri dengan fitnah-fitnah pembalakannya menjadikan beberapa kerajaan negeri seperti Pahang, Johor dan Perak tidak senang dengannya. Sesetengah serangannya mengaitkan syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan istana juga.

Bagaimanapun kerana Puan Sri Shariffa sangat kebal dan mendapat pula sumbangan derma puluhan juta ringgit atas NGO alam sekitarnya menyebabkan tiada siapa membalas serangannya.

Tapi kini Kerajaan Negeri Pahang berani bertindak membuka topeng siapa dibalik Puan Sri Shariffa itu.

Menggunakan  syarikatnya Tanah Aina Sdn Bhd dan mengaut untung dari resort dan restoran haramnya. Dia membina bangunan dan resort berdekatan sungai dianggap sebagai pejuang alam sekitar tetapi syarikat lain berbuat demikian dianggap sebagai penceroboh dan perosak alam sekitar. 

Namun rakyat tidak ramai yang tahu Puan Sri Shariffa mendapat hasil dari perniagaan daripada Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant di Bentong, Tanah Aina Fahad Glamping Resort di Raub dan Tanah Aina Farrah Soraya Exclusive Eco Resort, Raub.

Jika semua ini diduduki secara haram, pembinaan haram persoalan besar siapa meluluskan kepada Syarikat Puan Sri Shariffa 
Tanah Aina Sdn Bhd? 

Tanah Aina Fahad Glamping Resort di Raub

Dalam laman web TanahAina.com memaparkan 7 rangkaian resort dan restorannya seperti tanah yang disaman di atas dan 4 lagi yang lain di Tanah Aina Farouq. Raub, Pahangdurian Orchard Resort, Tanah Aina Farhana. Pengerang, Johorbeachfront Resort, Cafetaman Mesra Batu Tiga, Shah Alam, Banana Leaf Restaurantbatu Tiga, Shah Alam.

Jika disemak ternyata resort dan restoran di tanah kerajaan Pahang secara haram ini bertaraf eksklusif dan mewah bagi golongan kayangan. Rakyat marhean tidaklah sangat dapat menikmati gaya kayangan Puan Sri Shariff aitu.

Persoalannya jika 3 tanah itu tanah kerajaan dan diduduki secara haram sejak bertahun dulu siapakah yang telah meluluskannya kepada keluarga Puan Shariffa? SPRM wajar menyiasatnya. Jika beliau menyerang kerajaan negeri dan pelbagai syarikat yang membangunkan tanah mengapa pula Puan Sri Shariffa boleh membinanya di kawasan sungai juga? bukankah ini double standard?

Apakah Puan Sri Shariffa Sabrina dan syarikatnya Tanah Aina Sdn Bhd membayar sewa atau cukai kepada kerajaan menceroboh tanah kerajaan ini sejak sekian lama? 

Pendapatan tahunan syarikat lebih RM 1 juta. Sekalipun diisytiharkan rugi namun liabliti 
aset syarikat ini melebihi RM10 juta

 

 

 

Pendek kata Puan Sri Shariffa yang menggunakan NGO Alam Sekitar ini menggunakan NGOnya untuk kaya raya dan mengaut projek di tanah milik kerajaan. Pendakwaan di mahkamah telah mendedahkan topeng sebenar Puan Sri Shariffah ini. 

Rakyat diperbodoh, orang asli dia gunakan sebagai benteng menebang pokok dan sebagainya dalam masa sama atas alam sekitar dia kaut keuntungan daripada rangkaian restoran dan resort mewahnya.

Rakyat buka mata! kalau ada orang kaya yang menggunakan NGO untuk membela anda jangan lupa mereka sedang mengaut untung darinya. Tanah resort dan cafe milik Tanah Aina Sdn Bhd tidak pernah diwakafkan pendapatannya untuk NGO PEKA. Syarikat Tanah Aina Sdn Bhd adalah milik Puan Sri Shariffa dan anak-anaknya. Bukan juga milik rakyat!. Rakyat miskin hatta orang asli pun tak mungkin akan dapat lepak minum atau menginap di resort mewahnya.

Oleh itu pendakwaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Izzat Ikhwan sangat tepat kepada Puan Sri Shariffa. Bagaikan 'Buku Bertemu Ruas'. Cakap besar menghalang kemusnahan Alam Sekitar tetapi dia sendiri membina bangunan di kawasan tanah kerajaan berhampiran sungai. 

14 Comments