Warisan tiada halangan kerjasama dengan GRS dan UMNO - Shafie Apdal
17:03 Mar 19, 2022  |  By SabahKini2
Warisan tiada halangan kerjasama dengan GRS dan UMNO - Shafie Apdal

Menurut Shafie Apdal, Warisan tidak mengamalkan dasar tutup pintu dan tidak menolak untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan UMNO.

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan parti itu terbuka untuk bekerjasama dengan gabungan dan parti politik lain di negara ini.

Jelas bekas Ketua Menteri Sabah itu, Warisan tidak mengamalkan dasar tutup pintu dan tidak menolak untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan UMNO.
 
Bagaimanapun perkara berkenaan perlu terlebih dahulu diteliti dan dibincangkan secara mendalam.
 
"Kita terbuka dengan semua pihak, tidak hanya kerjasama bersama GRS dan UMNO sahaja.
"Namun kita lihat terlebih dahulu kedudukan kita,"

Ujarnya lagi perkara berkenaan bukannya keutamaan Warisan ketika ini , sebaliknya memantapkan usaha mengukuhkan parti terlebih dahulu di peringkat negeri dan persekutuan.

"Kita akan perkukuhkan kawasan yang Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan.
"Selain itu, kita akan perkukuhkan kawasan yang mahu diambil alih," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mohd Shafie berkata, kerjasama politik bukan hanya dilihat bagi kepentingan Warisan semata-mata tetapi negeri Sabah.
18 Comments