3 Subsidiari Sapura Energy Bhd diberi petisyen penggulungan
11:03 Mar 22, 2022  |  By SabahKini2
3 Subsidiari Sapura Energy Bhd diberi petisyen penggulungan

Sapura bakal muflis jika tidak diselamatkan. Terbaru 3 anak syarikatnya. Sapura Fabrication Sdn Bhd (SFSB), Sapura Offshore Sdn Bhd dan Sapura Project Services Sdn Bhd (SPSSB) telah diberikan petisyen penggulungan dan afidavit yang mengesahkan petisyen.

KUALA LUMPUR 22 Mac - Subsidiari milik penuh Sapura Energy Bhd iaitu Sapura Fabrication Sdn Bhd (SFSB), Sapura Offshore Sdn Bhd dan Sapura Project
Services Sdn Bhd (SPSSB) telah diberikan petisyen penggulungan dan afidavit yang mengesahkan petisyen.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Sapura Energy berkata, SFSB telah diberikan petisyen penggulungan dan afidavit pengesahan petisyen bertarikh 3 Mac 2022,
yang dikeluarkan oleh Posh Subsea Pte Ltd melalui peguamnya Tetuan Shaikh David & Co pada 9 Mac 2022.

Sementara itu, ia berkata Sapura Offshore telah diserahkan petisyen penggulungan bertarikh 4 Mac 2022, yang dikeluarkan oleh Lincoln Energy Sdn Bhd melalui peguamnya Tetuan John Yong & Irene Song pada 9 Mac 2022.

Sapura Offchore juga telah diberi dengan petisyen penggulungan dan petisyen pengesahan afidavit bertarikh 3 Mac 2022, yang dikeluarkan oleh Semco Salvage (V) Pte Ltd melalui Tetuan Shaikh David & Co pada 9 Mac 2022.

SPSSB telah diberikan petisyen penggulungan bertarikh 28 Februari 2022 dan petisyen pengesahan afidavit bertarikh 1 Mac 2022, dikeluarkan oleh Danamin (M) Sdn Bhd melalui Tetuan Shook Lin & Bok pada 7 Mac 2022.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2022, kerugian bersih Sapura Energy Bhd meningkat kepada RM8.9 bilion daripada RM160.87 juta tahun lalu.

Dalam maklumannya baru-baru ini, ia berkata hasil merosot kepada RM4.13 bilion daripada RM5.35 bilion sebelumnya disebabkan peratusan penyiapan yang lebih rendah yang diiktiraf pada tahun semasa, hasil daripada pengiktirafan kerugian yang boleh dijangka dan kos projek yang lebih tinggi dalam segmen perniagaan kejuruteraan dan pembinaan (E&C).

Ia berkata perniagaan E&C serta  operasi dan penyelenggaraan (O&M) terus menghadapi cabaran dalam pelaksanaan terutamanya disebabkan oleh gangguan daripada COVID-19 dan kekurangan akses kepada kemudahan modal kerja yang mencukupi walaupun pemulihan pasaran pada akhir tahun telah mencatatkan prestasi yang lebih baik daripada segmen penggerudiannya.

"Situasi kami diburukkan lagi dengan beberapa prestasi operasi yang kurang baik dalam projek-projek tertentu," katanya. 

[ARTIKEL BERKAITAN- SAPURA Bakal Muflis ]

 

Comment