Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.34 malam. Sebaik tiba, sederet rumah kongsi lima pintu sudah musnah terbakar dan operasi memadam segera dilakukan supaya api tidak
TAWAU: Sederet rumah kongsi yang menempatkan pekerja kilang musnah dalam insiden kebakaran di Batu 5 Jalan Apas, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.34 malam.
“Susulan itu, seramai 13 anggota dan pegawai bersama empat jentera ternasuk EMRS digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam.
“Sebaik tiba, sederet rumah kongsi lima pintu sudah musnah terbakar dan operasi memadam segera dilakukan supaya api tidak merebak ke kawasan lain,” katanya hari ini.
Katanya, pasukan bomba menggunakan dua pancutan air daripada sumber pili bomba berhampiran sebelum berjaya mengawal kebakaran.
“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kebakaran selamat dan operasi ditamatkan pada jam 12.40 tengah malam.
“Setakat ini, pasukan bomba tidak menerima laporan mengenai kecederaan atau kemalangan jiwa yang berlaku dalam insiden itu,” katanya.
Julius berkata, pasukan bomba akan menjalankan siasatan bagi mengetahui punca dan jumlah kerugian yang dialami mangsa.