Kes COVID-19 di Sabah terus mencatatkan penurunan
15:03 Mar 23, 2022  |  By SabahKini2
Kes COVID-19 di Sabah terus mencatatkan penurunan

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ibu negeri yang sebelum ini mencatatkan 119 kes menurun kepada 91 kes diikuti Penampang 50 dan Tuaran 28 kes.

KOTA KINABALU: Sabah terus mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu dibawah paras 400 kepada 388 kes dengan penyusutan sebanyak 14 kes berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ibu negeri yang sebelum ini mencatatkan 119 kes menurun kepada 91 kes diikuti Penampang 50 dan Tuaran 28 kes.

“Sebanyak 14 daerah mencatatkan kes baharu dua angka, 12 daerah merekodkan kes satu angka manakala Semporna adalah satu-satunya daerah yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

“Berdasarkan penilaian harian, peratusan jangkitan sporadik menyusut sedikit bagaimanapun masih di tahap yang tinggi pada kadar 55.15 peratus daripada semua kes yang dilaporkan.

“Jangkitan sporadik juga adalah kategori utama perebakan virus COVID-19 yang dicatatkan di 19 daripada 27 daerah di Sabah,” katanya.

Masidi berkata sebanyak 386 atau 99.48 peratus daripada 388 kes terbabit adalah dalam Kategori 1 dan 2, tiada kes dilaporkan dalam Kategori 3 dan 5, manakala hanya dua kes dalam Kategori 4.

Comment