Sindiket seludup 680,200 liter Petrol bernilai RM5.5 juta tumpas di Semporna
16:03 Mar 24, 2022  |  By SabahKini2
Sindiket seludup 680,200 liter Petrol bernilai RM5.5 juta tumpas di Semporna

Serbuan dijalankan oleh Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah. Persoalannya siapa dalang? mana penguatkuasa KPNHEP Sabah?

Satu sindiket penyeludupan petrol ke negara jiran berjaya ditumpaskan dalam serbuan di Pangkalan Sungai Pegagau, Semporna kelmarin.

Serbuan yang dijalankan oleh Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah itu berjaya merampas sebanyak 680,200 liter petrol bernilai RM5.5 juta.

Komander Briged PGA Sabah Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata, bertindak atas maklumat, Pegawai Koordinasi Operasi Khas CPSK Bukit Aman bersama pegawai dan anggota Batalion 14 PGA Tawau menjalankan risikan sebelum serbuan dilakukan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, sebaik serbuan dijalankan, pasukan operasi berjaya menahan tujuh individu yang sedang melakukan kerja-kerja pemindahan minyak.

"Semua individu yang ditahan berusia lingkungan 26 hingga 42 tahun yang terdiri daripada kru kapal dan pemandu lori.

"Hasil pemeriksaan, semua minyak yang dirampas membabitkan sebanyak 680,200 liter petrol bernilai RM5,523,410," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, semua tangkapan dan rampasan kemudiannya diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan selanjutnya. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961.

Siapa dalang penyeludupan?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mesti menyiasat agensi mana terlibat sehingga berlakukan penyeludupan minyak subsidi ke negara luar. Bagaimana kapal ini mudah masuk ke negara Filipina. Penguatkuasa sepanjang perjalanan kapal ini tak mungkin tidak dapat mengesan penyeludupan ini. Ini mungkin satu dari siri tangkapan sudah tentu minyak subsidi yang terkumpul dari KO Nelayan diseludup ke negara jiran ada dalangnya.

Persoalan lain bagaimana KPDNHEP tidak dapat mengesan kegiatan penyeludupan ini? Apakah ada pegawai penguatkuasa KPDNHEP dalang semua ini? Bagaimana Ketua KPDNHEP Daerah Semporna tidak tahu?

 

Comment