Kerajaan Sabah kini GRS-BN kata Hajiji
05:03 Mar 28, 2022  |  By SabahKini2
Kerajaan Sabah kini GRS-BN kata Hajiji

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memaklumkan kerajaan yang dipimpinnya kini dikenali sebagai kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional (BN).

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memaklumkan kerajaan yang dipimpinnya kini dikenali sebagai kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional (BN).

Beliau bersetuju dengan cadangan Timbalan Ketua Menterinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengulangi pendirian bahawa GRS yang ditubuhkan memang hasil daripada kerjasama dengan BN.

"Ya, memang pun itulah namanya, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah atau GRS ini termasuklah BN walaupun BN dia dalam satu gabungan yang lain, tidak dalam GRS tetapi kerajaan yang ada hari ini ialah kerajaan GRS dan juga BN.

"Ini sudah dipersetujui sebelum pilihan raya pun kita ada kerjasama dengan BN dan apabila kita menang dalam keputusan pilihan raya kita pun bersama-sama membentuk kerajaan negeri dengan BN.

"Jadi cadangan itu memang bagus, tetapi kadang-kadang kita panggil GRS, jadi mulai sekarang ini kita panggil GRS-BN," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerjanya ke Tamparuli di sini pada Ahad.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai.

Hajiji berkata demikian bagi mengulas cadangan Ketua UMNO Sabah yang juga Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mencadangkan supaya kerajaan Sabah dikenali sebagai Kerajaan GRS-BN.

GRS sebelum ini didaftarkan secara rasmi sebagai gabungan politik yang dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Parti Maju Sabah (SAPP) and Parti Bersatu Sabah (PBS).

Sebelum pendaftarannya, GRS terdiri daripada Perikatan Nasional, BN dan PBS. Manakala komponen BN ialah Umno, MCA, MIC dan PBRS.

 

 

 

1 Comment