Sabah benarkan solat berjemaah rapat sejadah tanpa sentuhan
20:04 Apr 01, 2022  |  By SabahKini2
Sabah benarkan solat berjemaah rapat sejadah tanpa sentuhan

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kebenaran itu diberikan kepada jemaah yang sudah lengkap divaksin dan hendaklah membawa sejadah sendiri

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri membenarkan solat berjemaah untuk solat fardhu lima waktu, Jumaat, Terawih dan solat sunat yang lain di masjid serta surau dengan merapatkan sejadah tanpa bersentuhan sesama jemaah bermula 1 April 2022.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kebenaran itu diberikan kepada jemaah yang sudah lengkap divaksin dan hendaklah membawa sejadah sendiri.

“Aktiviti masjid dan surau adalah kekal sebagaimana yang ditetapkan sebelum ini termasuklah seperti kuliah selepas solat fardhu, Dhuha, bengkel, kursus serta program keagamaan dengan mengambil kira penyesuaian waktu ibadat di bulan Ramadan.

“Kerajaan juga membenarkan pelaksanaan solat Terawih, jamuan berbuka puasa, moreh, sahur, tadarus al-Quran, qiamulail serta aktiviti sepanjang bulan Ramadan,” katanya kelmarin.

Masidi berkata, jemaah yang masih dalam tempoh individu yang disyaki (PUI) dan individu dalam pemantauan (PUS), berisiko tinggi serta mempunyai simptom seperti demam, batuk, selesema, sesak nafas, alahan tidak dibenarkan memasuki masjid.

Comment