Kemalangan di Jalan Kampung Takuli, warga emas maut
13:04 Apr 06, 2022  |  By SabahKini2
Kemalangan di Jalan Kampung Takuli, warga emas maut

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaccob berkata, mangsa dikenalpasti sebagai Buntar @ Masdah Mohamad, 72 meninggal dunia semasa menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Beaufort.

BEAUFORT: Wanita warga emas yang mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kampung Takuli di sini disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaccob berkata, mangsa dikenalpasti sebagai Buntar @ Masdah Mohamad, 72 meninggal dunia semasa menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Beaufort.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan jam 12 tengah hari itu berlaku apabila kereta hatchback dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan sebelah kanan.

“Kenderaan terbabit kemudiannya bertembung dengan kereta kompak yang datang dari arah bertentangan menyebabkan kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan,” katanya.

Menurutnya mangsa yang juga pemandu kenderaan kompak mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia semasa menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Beaufort.

“Pemandu kenderaan hatchback itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan ditangkap untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Comment