Dua saksi perbicaraan kes bunuh dikesan polis
14:04 Apr 06, 2022  |  By SabahKini2
Dua saksi perbicaraan kes bunuh dikesan polis

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, saksi berkenaan ialah Ana Farhana Musa, 34, dan suaminya, Ismail Santaro, 37.

KINABATANGAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan sedang mengesan pasangan suami isteri bagi menghadiri perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Tinggi Sandakan pada 11 sehingga 14 April ini.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, saksi berkenaan ialah Ana Farhana Musa, 34, dan suaminya, Ismail Santaro, 37.

Menurutnya, alamat terakhir kedua-dua saksi itu ialah Ladang Bukit Mas, Jalan Jeroco, Hup Seng Plantation Sendirian Berhad.

“Dua saksi itu diminta tampil bagi membantu memberikan keterangan bersabit kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dijadualkan berlangsung selama empat hari.

Comment