Ketua Menteri Sabah berbuka puasa bersama AJK BERSATU Tuaran
14:04 Apr 11, 2022  |  By SabahKini2
Ketua Menteri Sabah berbuka puasa bersama AJK BERSATU Tuaran

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Tiga Peringkat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tuaran

TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Tiga Peringkat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tuaran di rumah kediamannya di Kampung Serusup, semalam.

Hajiji adalah Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sabah dan Ketua Bahagian BERSATU Tuaran.

AJK Tiga Peringkat yang hadir terdiri daripada AJK BERSATU Bahagian, AJK Srikandi dan Armada BERSATU Bahagian.

Antara yang hadir, isteri Ketua Menteri Datin Seri Panglima Julia Salag; Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd.Arifin Mohd Arif; Timbalan Ketua Bahagian Datuk Abdul Kassim Razali; Naib Ketua Bahagian Datuk Johari Saiman; Ketua Armada Bahagian Mohammad Ghazali Hajiji; Setiausaha Bahagian Afizal Aldin; Ketua Penerangan Jamlin Ladin; dan Bendahari Bahagian Abd. Kanaan Abd. Razak.

Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan di daerah Tuaran turut hadir sama.

Terdahulu, Hajiji mempengerusikan Mesyuarat BERSATU Bahagian Tuaran di pejabat parti.

Comment